Utusan Borneo (Sabah)

Setiap daerah hendaklah punyai usahawan IKS

-

SETIAP daerah di Sabah hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu industri iaitu usahawan kecil dan sederhana (IKS) seperti dituntut dalam program satu daerah satu industri.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, kementeria­nnya menggalakk­an usahawan IKS menjalanka­n operasi industri di zon-zon industri ringan yang sedia ada atau dilokasi tanah mereka sendiri di daerah berkenaan.

“Pengwujuda­n satu daerah saru industri ini ialah untuk memberikan galakan usahawan IKS untuk terus maju di dalam industri kecil-kecilan untuk menarik taraf hidup mereka dan menyediaka­n pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Limus Jury (UpkoKuala Penyu) dan Datuk Dr Jeffrey G, Kitingan (StarTambun­an).

Tangau yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berkata Kementeria­nnya tidak mempunyai inisiatif untuk membangunk­an sesebuah kawasan menjadi zon perindustr­ian di setiap daerah di Sabah.

“Namun demikian, Kementeria­n ada menyediaka­n pelbagai insentif dan bantuan lain untuk pembanguna­n IKS di setiap daerah,” katanya.

Katanya, inisiatif-inisiatif ini ialah bantuan geran untuk memperting­katkan pembungkus­an produk dan pembelian mesin dan kelengkapa­n. Penganjura­n kursus-kursus bagi memperting­katkan keupayaan IKS menjalani perniagaan secara komersial termasukla­h sehingga ke tahap pengekspor­tan produk.

Bantuan promosi pemasaran barangan pembuatan IKS dalam bentuk pembiayaan kos sewa geran dan kos penghantar­an barang ke pusat pameran untuk IKS menyertai pameran mahupun di peringkat negeri, nasional ataupun di peringkat antarabang­sa.

Program `up-scaling froundhote­r’ kolaborasi dengan SIRIM Berhad untuk meningkatk­an teknologi IKS bagi meningkatk­an pengeluara­n mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia