Utusan Borneo (Sabah)

Dipenjara 11 tahun, satu sebat atas kesalahan seksual

Seksual terhadap anak buah majikan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki hanya menundukka­n kepalanya apabila dikenakan penjara 11 tahun dan satu sebat, atas kesalahan melakukan kesalahan seksual terhadap anak buah majikannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Hisham Mohamed Noor, 47, yang mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh mencium dahi dan meramas payudara kiri mangsa yang berusia 15 tahun, pada 17 Jun jam 5 pagi di sebuah rumah, Putatan, Penampang.

Berdasarka­n fakta kes, pada 18 Jun jam 7.30 malam di rumah pengadu, beliau dihubungi ibu mertuanya dan memaklumka­n bahawa anak buahnya (mangsa) dicabul pekerjanya.

Pekerja terbabit (tertuduh) dibawa balik pengadu untuk beraya sama keluargany­a, selepas kejadian itu mangsa keluar dari rumah berkenaan.

Hasil siasatan, semasa mangsa sedang tidur di dalam biliknya, beliau tersedar dan mendapati tertuduh baring di sebelahnya.

Tertuduh bertindak melakukan kesalahan itu, lalu mangsa bangun dan lari ke ruang tamu, tertuduh mengekorin­ya namun mangsa terus menepis dan masuk semula ke dalam bilik serta mengunci pintu.

Pada 18 Jun tertuduh berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Terdahulu peguam Lilah Tubing yang mewakili tertuduh menyatakan, tertuduh sudah menyesal dengan perbuatan yang dilakukann­ya.

“Tertuduh seorang ayah yang penyayang terhadap dua anak perempuann­ya. Bekas isteri tertuduh juga sudah berkahwin. Keduaduany­a anaknya ditanggung tertuduh yang menjadi sumber ekonomi,” katanya.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim menegaskan, hukuman berat dan sebat harus dikenakan ke atas tertuduh .

“Tertuduh mengambil kesempatan atas kebaikan majikannya...malang sekali kebaikan majikannya dibalas dengan cara yang keji.

“Peristiwa berkenaan membuatkan mangsa sedih dan takut sehingga melarikan diri dari rumah pada pagi hari kejadian,” katanya.

Tambahnya kerajaan sangat memandang keseriusan jenayah seumpama itu dan sebagai seorang ayah, tertuduh perlu memikirkan perbuatann­ya terlebih dahulu.

Mahkamah juga memerintah­kan Hisham dikenakan pengawasan polis selama tempoh dua tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia