Utusan Borneo (Sabah)

ENAM DIBUANG DAERAH

Dipercayai ketuai sindiket perjudian

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Enam lelaki dipercayai mengetuai sindiket perjudian di negeri ini dibuang daerah dan disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata kesemua suspek berjaya ditahan dalam Ops Dadu yang dijalankan secara berterusan sejak awal tahun lalu.

Katanya operasi dilaksanak­an berdasarka­n risikan dan hasil aduan orang ramai itu berjaya menahan keseluruha­n 1,269 individu, termasuk 262 wanita.

“Kita turut merekodkan rampasan wang tunai dan peralatan judi mencecah sehingga RM700,000 sepanjang Januari sehingga awal November,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK) pada Khamis.

Jauteh berkata bagi awal November sehingga Isnin lepas, pihaknya berjaya merekodkan rampasan wang tunai berjumlah RM60,000 dan peralatan judi bernilai RM150,000 dalam 73 siri serbuan.

“Peralatan judi sebanyak 282 item itu termasuk mesin judi, kalkulator, mesin pencetak serta telefon bimbit yang digunakan semasa menjalanka­n kegiatan judi di setiap premis.

“JSJ Sabah juga berjaya menahan 115 individu dengan pecahan 80 lelaki dan 35 wanita yang rataratany­a menjalanka­n judi nombor ekor empat angka serta wahui,” katanya.

Menurutnya tangkapan paling tinggi direkodkan di ibu negeri bagi 100 serbuan diikuti Penampang dan Sandakan masing-masing 92 dan 81 serbuan keseluruha­n.

“Kebanyakan hantu judi melakukan kegiatan ini dengan berselindu­ng di sebalik perniagaan biasa seperti kedai runcit, kedai menjual telefon malah kedai dobi dengan menjalanka­n judi secara sambilan.

“Keadaan perjudian di Sabah bagaimanap­un dalam keadaan terkawal berikutan tindakan pencegahan berterusan dilaksanak­an JSJ Kontinjen Sabah dan hanya sesetengah hantu judi yang menjalanka­n penjualan judi ini secara haram di kawasan pedalaman termasuk kawasan ladang,” katanya.

 ??  ?? JAUTEH (tiga kiri) menunjukka­n wang tunai yang dirampas sepanjang Ops Dadu dilaksanak­an sejak awal November sehingga Isnin.
JAUTEH (tiga kiri) menunjukka­n wang tunai yang dirampas sepanjang Ops Dadu dilaksanak­an sejak awal November sehingga Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia