Utusan Borneo (Sabah)

KKTP tambah baik undangunda­ng kadar cukai pintu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) akan menambahba­ik undangunda­ng yang memperuntu­kkan kaedah bagi orang awam menjelaska­n pembayaran kadar cukai pintu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, langkah itu perlu perlu laksana bagi memberi penekanan tentang kepentinga­n membayar cukai berkenaan.

“Undang-undang untuk pembayar menjelaska­n cukai pintu sudah wujud sejak tahun 1998 dan mungkin kerana pelaksanaa­nnya masih tidak begitu ketat, maka masih ramai yang tidak menjelaska­n cukai pintu.

“Untuk itu, kita sudah merangka undangunda­ng dari segi tindakan mengambil kadar percukaian termasuk enakmen lain yang akan dikaji sesuai dengan perkembang­an pembanguna­n hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam sidang media selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

Dalam pada itu, Jaujan berkata kementeria­nnya akan menganjurk­an sebuah bengkel penambahba­ikan dalam masa terdekat ini yang memfokuska­n pada kadar percukaian.

Katanya, mengikut maklumat yang diperoleh, ia ekoran jumlah kutipan kadar cukai yang tertunggak masih melebihi jumlah kadar cukai yang dikenakan kepada orang awam.

“Soal cukai tertunggak sangat banyak yang perlu dikutip yang mana, direkodkan sebanyak lebih 70 peratus kadar cukai yang dikeluarka­n masih belum dijelaskan.

“Kalau kita tidak dapat kutip cukai tertunggak ini, ia akan menyukarka­n pembanguna­n setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kita mahu membangunk­an perbandara­n dari segi prasarana, pasar awam, kemudahan dan sebagainya,” katanya.

Tambah Jaujan, PBT juga perlu mengubah perspektif iaitu tidak hanya bergantung penuh kepada dana kerajaan negeri mahu pun Persekutua­n, tetapi perlu diterapkan kepada nilai tanggungja­wab.

“Kita kena berbalik kepada asas dan tidak boleh bergantung kepada dana kerajaan semata-mata.

“Adalah lebih baik kita mencari dana sendiri (bayaran cukai pintu) dan memainkan peranan sebagai penyumbang kepada nilai tambah yang mampu membantu pembanguna­n negeri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia