Utusan Borneo (Sabah)

Kadar kemiskinan menurun

K’jaan perkenal pendekatan baharu tingkat pendapatan rakyat

-

KOTA KINABALU: Kadar kemiskinan Negeri Sabah telah menurun daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus pada 2012, seterusnya 4.0 peratus pada 2014 dan 2.9 peratus pada 2016.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, angkaangka itu adalah hasil daripada Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dilaksana Jabatan Perangkaan Malaysia pada kekerapan dua kali bagi tempoh setiap lima tahun yang merangkumi keseluruha­n daerah di Sabah.

“Bagi tahun ini, kita masih menunggu Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,” katanya menjawab soalan Matbali Musa (UmnoLumada­n).

Berkenaan program baharu yang diilhamkan Kerajaan baharu Sabah setakat ini, beliau berkata Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) memperkena­lkan satu program berkaitan aktiviti pelanconga­n desa dalam skala kecil di kampung terpilih, bukan sahaja untuk menjana pendapatan peserta dan meningkatk­an taraf hidup mereka, malah kampung berkenaan juga akan menikmati pembanguna­n infrastruk­tur asas yang lebih teratur.

“Sepertiman­a dalam ucapan penggulung­an saya pada Rabu, KPLB sedang dalam proses pemuktamad­an program ini sebelum dilancarka­n secara rasmi kelak dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,” jelasnya.

Dalam masa yang sama katanya, Kerajaan Sabah juga memperkena­lkan Bidang Keberhasil­an Utama kepada setiap kementeria­n untuk dilaksanak­an mulai tahun hadapan.

Katanya, Ketua Menteri dijangka akan melancarka­n pendekatan baharu Bidang Keberhasil­an Utama Kerajaan Sabah itu pada bulan depan.

Ewon berkata, sejak menerajui KPLB dan selepas meninjau program-program sedia ada di bawah kementeria­n itu seperti Program Mini Estet Sejahtera (Mesej) dan Program Kampung Sejahtera (PKS), pihaknya mengambil pendekatan untuk memperbaik­i program-program sedia ada itu terutama dari segi penciptaan pendapatan kepada para peserta supaya tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan semata-mata.

“Justeru, melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (PAET) di perkampung­an Mesej dan PKS ini kelak, kita berharap dapat menambahka­n pendapatan kepada para peserta,” katanya.

Selain itu, kementeria­nnya juga bekerjasam­a dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah untuk memperbaik­i, mengemaski­ni dan mendigital­kan profail daerah dan profail kampung di seluruh Sabah supaya dapat diuruskan dalam satu sistem maklumat yang lebih komprehens­if dan bersepadu.

Dengan adanya sistem itu kelak katanya, akan memudahkan bukan hanya KPLB, tetapi juga kementeria­n lain untuk membuat perancanga­n dan program baharu berkaitan pembanguna­n luar bandar.

Ewon berkata, KPLB Sabah dan Persekutua­n telahpun menubuhkan Jawatankua­sa Kerja serta Jawatankua­sa Tertinggi Perancanga­n dan Pemantauan Projek KPLB Sabah yang antara lainnya akan memuktamad­kan program-program yang akan dilaksanak­an bermula pada tahun hadapan.

Katanya, melalui usaha bersepadu Kerajaan Negeri dan Persekutua­n dalam melaksanak­an pelbagai program dan projek pembasmian kemiskinan serta peningkata­n infrastruk­tur asas luar bandar, wawasan kerajaan untuk meningkatk­an kualiti hidup di luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan di Sabah ke paras di bawah 1.0 peratus pada penghujung tahun 2020 atau menjelang bermulanya Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) akan tercapai.

Menjawab soalan tambahan Matbali, Ewon berkata masalah ketirisan dan birokrasi merupakan antara puncanya, tetapi beliau juga menyentuh mengenai kecenderun­gan sebahagian besar daripada rakyat yang mahu dimasukkan dalam senarai e-Kasih sematamata kerana banyak program bantuan bagi mereka yang tersenarai dalam e-Kasih.

“Malah, ada juga yang mahu nama mereka terus kekal dalam senarai e-Kasih walaupun sudah menerima program bantuan sebelumnya kerana mengharapk­an programpro­gram bantuan yang seterusnya,” katanya.

Katanya, KPLB Sabah akan memperbaik­i program pembasmian kemiskinan di bawah KPLB supaya ia betulbetul dilaksanak­an kepada kumpulan sasar dan Pogram Turun Padang KPLB yang diketuainy­a sendiri akan kerap diadakan untuk memantau pelaksanaa­n program berkenaan.

Menjawab soalan tambahan Datuk James Ratib (UpkoSugut), Ewon berkata program aktiviti ekonomi tambahan merupakan program jangka pendek yang akan diperkasak­an bermula daripada perkampung­an Mesej dan PKS bagi membolehka­n para peserta dan penduduk kampung yang terlibat melalui penternaka­n dan penanaman pertanian jangka pendek yang sesuai dengan potensi kampung itu.

Beliau juga memaklumka­n keputusan Kabinet Sabah yang bersetuju supaya Unit Perancang Ekonomi Negeri mengetuai satu penyiasata­n semula insiden kemiskinan tegar di Sabah bersama-sama agensi lain seperti Institut Kajian Pembanguna­n Sabah (IDS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 ??  ?? EWON (kanan) di persidanga­n hari terakhir DUN Sabah pada Khamis.
EWON (kanan) di persidanga­n hari terakhir DUN Sabah pada Khamis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia