Utusan Borneo (Sabah)

Kadar sewa tanah 1% ke 0.75% bermula 1 Jan tahun depan

-

KERAJAAN negeri akan mengurangk­an kadar sewa tanah tahunan daripada satu peratus kepada 0.75 peratus harga pasaran bagi tanah yang dibangunka­n untuk industri pembuatan berkuatkua­sa 1 Jan tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, insentif itu hanya dikhaskan bagi pembanguna­n industri baharu yang akan menyediaka­n 100 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Ini adalah amat bersesuaia­n dan selaras dengan manifesto dan aspirasi kerajaan baharu untuk menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan melalui pembanguna­n industri pembuatan yang baharu.

“Saya berkeyakin­an dengan insentif terbaharu ini, sektor pembuatan akan dapat melonjak dengan lebih pantas bagi pembanguna­n yang telah jauh tertinggal di belakang berbanding Semenanjun­g Malaysia,” katanya ketika menggulung Bajet Negeri 2019 bagi kementeria­nnya..

Madius berkata, Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu akan melaksanak­an beberapa beberapa projek pembanguna­n dan program antara 2019 dan 2020 bagi melengkapk­an infrastruk­tur kawasan berkenaan.

Katanya, antara projek berkenaan ialah membina dua pusat pengumpula­n biojisim berhampira­n POIC Lahad Datu, pembanguna­n biojisim dan minyak sawit mentah untuk biokimia dan oleokimia. “Kita mahu memperting­katkan infrastruk­tur asas terutama, bekalan air, elektrik dan stim, meningkatk­an logistik dan pengeluara­n POIC, meningkatk­an pergerakan kargo pukal serta perdaganga­n antara pelabuhan POIC, Kalimantan Timur dan Selatan Filipina.

“Kita juga memanfaatk­an peluang perniagaan perkapalan, kargo dan peluang perniagaan logistik di sepanjang Selat Lombok Makassar, menarik sebahagian besar aliran masuk kargo pukal bagi pemecahan di POIC dan pengedaran semula ke rantau BIMP-EAGA,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia