Utusan Borneo (Sabah)

Dua enakmen baharu diluluskan

-

RANG Undang-Undang Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) 2018 diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis selepas dibentangk­an oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar.

Timbalan Speaker DUN Datuk Ahmad Abdul Rahman meluluskan rang undang-undang berkenaan yang bertujuan menambahba­ik pengurusan wakaf di Sabah.

Aidi berkata, ia selaras dengan keperluan semasa dan perkembang­an di negeri-negeri lain di Malaysia.

“Di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004 (No.5 Tahun 2004) menubuhkan sebuah lembaga di bawah Perintah Penubuhan Lembaga Pengurusan Wakaf (Negeri Sabah) 2018 yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

“Lembaga ini akan berfungsi antara lainnya memberi nasihat dan melaksanak­an fungsi-fungsi berkaitan dengan dasar, cara dan langkah yang perlu dilaksanak­an. “Ia juga berfungsi melaksanak­an dan memberi arahan atau perintah majlis berkenaan dengan penyeragam­an dan pengurusan wakaf di negeri ini,” jelasnya.

DUN turut meluluskan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sabah) 2018 iaitu rang undangunda­ng baharu yang diwujudkan.

Aidi berkata, berdasarka­n rekod Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) belum terdapat orangorang Islam di negeri ini yang pernah membuat wasiat sama ada melalui Muis atau Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.

“Ini mungkin berpunca daripada ketiadaan apa-apa badan atau pihak berkuasa yang mengendali­kan perkara-perkara berhubung wasiat.

“Enakmen ini bertujuan membuat peruntukan yang berhubunga­n dengan wasiat bagi orang Islam di Sabah dan perkara yang bersamping­an dengannya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia