Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda didenda RM5,000 miliki risalah pinjaman wang tanpa lesen

-

KOTA KINABALU: Seorang pemuda yang mengaku salah memiliki risalah perniagaan pinjaman wang tanpa lesen, dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Wong Teck Yee, 19, berasal dari Sarawak dikenakan hukuman itu oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas mengaku salah.

Jika gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan penjara selama setahun dikenakan.

Tertuduh didapati memiliki sebanyak 678 risalah berkenaan pada 12 November jam 5.15 petang di laluan pejalan kaki, hadapan restoran Fong Ip, Jalan Gaya di sini.

Atas kesalahan itu, Wong disabitkan mengikut Seksyen 29 AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, memperuntu­kkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau keduaduany­a.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap polis yang sedang melakukan operasi di tempat terbabit, kerana kelihatan meletakkan risalah terbabit di kereta.

Pegawai Pendakwa Insp Mohd Rasydan melakukan pendakwaan berkenaan dan Wong tidak diwakili peguam.

Dalam kes berasingan, seorang wanita tempatan dikenakan denda RM2,500 atau penjara dua bulan atas kesalahan memiliki peralatan judi loteri haram.

Prescilla John Juhim, 30, dikenakan hukuman itu setelah mengaku salah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan denda maksimum RM5,000 atau penjara selama tempoh enam bulan, atau kedua-duanya.

Tertuduh didapati memiliki sehelai kertas tercatat nombornomb­or perjudian loteri haram, pada 23 Mei jam 3.15 petang di sebuah premis, Kepayan Commercial Centre, Tanjung Aru di sini.

Dia ditangkap polis di premis terbabit setelah menerima maklumat mengenai kegiatan terbabit.

Hasil serbuan dan pemeriksaa­n dokumen yang dijalankan anggota polis, didapati tertuduh menjalanka­n perjudian loteri haram.

Stephanie juga memerintah­kanwangram­pasan sebanyak RM163 diserahkan kepada perbendaha­raan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia