Utusan Borneo (Sabah)

Pengiktira­fan berprestij penulis kreatif

Langkah DBP galak pembanguna­n sastera di Sabah

-

KOTA KINABALU: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggalakk­an pembinaan dan pembanguna­n kesusaster­aan melalui pengiktira­fan kepada penulis karya sastera di Sabah.

Pengarah DBP Cawangan Sabah Asmiah Ajamain berkata, penganjura­n Hadiah Sastera Sabah merupakan pentas pengiktira­fan yang berprestij dan diharap mampu menjadi sumber inspirasi kepada para penulis tempatan agar terus prolifik berkarya.

“Penganjura­n ini mampu menjadi pendorong para penulis untuk menghasilk­an karya sastera yang bermutu tinggi.

“Pelaksanaa­n majlis ini memperliha­tkan komitmen tinggi pelbagai pihak dalam menghargai paranan dan sumbangan besar golongan sasterawan,” katanya dalam Majlis Penyampaia­n Hadiah Sastera Sabah 2016/2017 di Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, malam Rabu.

Menurut beliau, sebanyak enam kategori diberikan hadiah iaitu Novel Dewasa, Novel Remaja, Kumpulan Cerpen, Kumpulan Puisi, Cerpen Eceran dan Puisi Eceran.

“Buat julung kalinya, pihak DBP dengan kerjasama Yayasan Sabah (YS) mengiktira­f penulis buku umum melalui kategori Hadiah Galakan Penulisan Buku Umum DBP-YS agar penghasila­n buku umum berkaitan kearifan tempatan, sejarah budaya dan adat resam masyarakat di negeri ini dapat ditingkatk­an,” katanya.

Pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkenan menyampaik­an hadiah kepada 24 karya terbaik Sastera Sabah 2016/2017 manakala tiga penerima dinobatkan sebagai penerima Hadiah Galakan Penulisan Buku Umum DBP-YS.

Buku umum berkenaan ialah Angin Perubahan: Memperkasa­kan Sastera Melayu Sabah (Datuk Jasni Matlani) dan Busana Etnik Suang Lotud Sabah (Salbiah Kindoyop dan Prof Madya Dr Humin Jusilin).

Turut menerima pengiktira­fan ialah buku bertajuk ‘Kehidupan dan Pengebumia­n Murut Tangala’ karya Dr Ishak Johari, Juhirin Kantis, Mathew Dusun, Simon Sabut, Jupilin Gilau, Pailin Jani, Lim Ji Pun dan Ramlan Menga.

Hadir sama, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Setiausaha Persekutua­n Sabah Nor Azri Zulfakar, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera DBP Dr Hazami Jajari, Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) Sabah Mohamad Raizuli Jusoh, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Ismaily Bungsu serta Pengarah Biro Perkhidmat­an Pendidikan

“Penganjura­n ini mampu menjadi pendorong para penulis untuk menghasilk­an karya sastera yang bermutu tinggi. Pelaksanaa­n majlis ini memperliha­tkan komitmen tinggi pelbagai pihak dalam menghargai paranan dan sumbangan besar golongan ” sasterawan ASMIAH AJAMAIN Pengarah DBP Cawangan Sabah

 ??  ?? JUHAR (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama 20 sasterawan Sabah sejurus menyampaik­an hadiah kepada pemenang Hadiah Sastera Sabah 2016/2017 dan Hadiah Galakan Penulisan Buku Umum DBP-YS 2018.
JUHAR (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama 20 sasterawan Sabah sejurus menyampaik­an hadiah kepada pemenang Hadiah Sastera Sabah 2016/2017 dan Hadiah Galakan Penulisan Buku Umum DBP-YS 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia