Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan baharu Sg Papar dibuka pada Oktober lepas

-

PAPAR: Jambatan baharu merentasi Sg Papar di Kg Simpudu di sini telah siap dan dibuka kepada lalulintas mulai Oktober lepas.

Pembinaan jambatan sepanjang 150 meter itu dimulakan pada Ogos 2016 dan siap pada Julai tahun ini.

Ia adalah jambatan pertama yang disiapkan dibawa h projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, menggantik­an jambatan lama di sebelahnya.

Ketika ini, jambatan baharu itu digunakan untuk laluan dua hala sehingga sebuah lagi jambatan baharu dibina di sebelahnya menggantik­an jambatan lama.

Kerja merobohkan jambatan lama sudah dimulakan pada bulan lepas. Jambatan besi berusia 42 tahun itu dirasmikan oleh Menteri Perhubunga­n dan Kerja Raya Lim Guan Sing pada 7 Oktober 1976. Ia dinamakan Jambatan Datuk Salleh Sulong, sempena nama wakil rakyat Papar ketika itu yang juga Menteri Kewangan Sabah yang terkorban dalam nahas pesawat pada 6 Jun 1976.

Jalan melalui Kg Simpudu yang dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai Jalan Papar Lama adalah alternatif untuk mengelakka­n kesesakan jalan melalui pekan Papar bagi pemandu dari arah Kota Kinabalu ke selatan dan sebaliknya.

Sementara itu, pembinaan jambatan baharu yang kedua dijangka siap pada Mac 2020. Apabila siap kelak, setiap jambatan dua lorong itu menyediaka­n laluan sehala untuk melancarka­n lalulintas.

Di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo, laluan dari Sindumin ke Papar melibatkan pembinaan 26 jambatan.

Bagi Pakej Kerja 1 (Sindumin-Kg Melalia) akan dibina lima jambatan, Pakej Kerja 2 (Kg MelaliaBea­ufort) tujuh, Pakej Kerja 3 (Beaufort-Bongawan) lima, Pakej Kerja 4 (BongawanPa­par) lapan dan Pakej Kerja 5 (Papar-Donggongon) satu.

 ??  ?? JAMBATAN baharu yang sudah digunakan sejak Oktober lepas
JAMBATAN baharu yang sudah digunakan sejak Oktober lepas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia