Utusan Borneo (Sabah)

Para calon SPM, STPM diiringi doa restu duduki peperiksaa­n

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: SMK Kota Marudu II di Salaping melepaskan calon-calon SPM dan STPM sekolah itu menduduki peperiksaa­n negara dengan iringan doa restu dan azimat keyakinan pada Isnin sebagai ramuan terakhir.

Pengetua Cemerlang Haji Marmoh Haji Kasman berkata sekolah terpencil yang menggalas status sekolah cemerlang luar bandar itu mendoakan kejayaan 202 calon SPM dan 105 calon STPM yang turut disertai para ibu bapa yang datang dari pelbagai pelosok kampung.

“Para guru telah sedaya upaya memberikan bimbingan terbaik dalam setiap ruang dan masa demi memenuhi harapan para ibu bapa, sasaran sekolah dan wawasan kementeria­n pendidikan,” katanya.

Majlis doa restu kejayaan para pelajar yang ditandai penyerahan pen dan pensel oleh Penolong Kanan I Datu Zainuddin Haji Hussin bersama Yang Dipertua PIBG Niol Lumpitau itu turut dihiasi bacaan puisi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Hajah Dg Sinar Igah.

Marmoh yang juga seorang penulis dan penggiat seni sastera memberikan nasihat dan tip-tip terakhir kepada caloncalon sebelum dan semasa menduduki peperiksaa­n.

Menurut beliau, anak kunci sudah berada di tangan pelajar, terserah kepada pelajar bagaimana membuka pintu kejayaan mengikut kemahuan dan tekad menggapai kecemerlan­gan berbekalka­n kunci yang diberikan guruguru.

Sementara itu, penyelaras program Dg Fauziah Ibrahim yang juga Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling berkata pihaknya memberikan kejutan pada majlis itu.

“Dengan kerjasama PIBG kita memberikan sedikit insentif wang tunai kepada pelajar yang menepati sasaran 4A ke atas semasa peperiksaa­n semester pertama,” katanya.

 ??  ?? MAJLIS doa restu pelajar bersalaman dengan guru-guru dan ibu bapa.
MAJLIS doa restu pelajar bersalaman dengan guru-guru dan ibu bapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia