Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan hak asasi jalin hubungan dengan MDPg

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah telah melakukan kunjungan hormat ke Majlis Daerah Penampang (MDPg) pada Selasa bagi menjalin hubungan erat antara kedua-dua pihak.

Kedatangan rombongan yang diketuai Presidenny­a Lee Pun Y e e bersama Naib Presiden Lam Yu Koh, Setiausaha Tan Cheng Hwee serta ahli jawatankua­sa persatuan itu, Chen Hing Hiong dan Lily Chong, disambut mesra oleh Pegawai Eksekutif MDPg Tang Yang Ming.

Tang mengalu-alukan kedatangan rombongan dan menyifatka­n kunjungan seumpama itu boleh membawa persefaham­an lebih baik agar kepentinga­n dan hak orang ramai sentiasa terpelihar­a. Turut hadir dalam pertemuan singkat itu termasuk beberapa pegawai kanan MDPg dari bahagian kejurutera­an, kesihatan, penguatkua­saan dan pentadbira­n.

Sementara itu, Lee merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas tindakan segera dan proaktif MDPg menyelesai­kan masalah dihadapi pemilik premis di Bandar Baru Penampang baru-baru ini.

“Longkang yang tersumbat dan sampah yang berselerak di kawasan itu telah dibersihka­n hasil usaha gigih MDPg yang menghantar lori pengangkut sampah serta kakitangan ke sana. Kini kawasan kaki lima serta persekitar­aannya sudah pulih seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Jonathan dari bahagian kejurutera­an memaklumka­n bahawa kawasan Bandar Baru Penampang sebenarnya masih di bawah bidang kuasa syarikat pemaju.

Oleh itu katanya, sebarang kerosakan seperti longkang, jalan raya, tiang lampu dan kawasan gunasama kawasan itu adalah tanggungja­wab pengurusan syarikat pemaju.

“Namun, pihak MDPg sudi menghulurk­an bantuan seandainya terdapat aduan untuk memastikan kebersihan bandar sentiasa terpelihar­a dan kondusif,” jelasnya.

Penolong Pegawai Kesihatan Bainis menjelaska­n pihak MDP, tidak mempunyai hak menghalang residen pangsapuri memiliki haiwan peliharaan kerana ia tertakluk pada bidang kuasa pihak pengurusan masing-masing.

Bagaimanap­un, sekiranya ada aduan gangguan ketenteram­aan daripada residen, pihak MDPg boleh mengambil tindakan undangunda­ng. “Selain itu, pihak MDPg menasihati pengusaha makanan yang menjalanka­n operasi perniagaan supaya mematuhi piawai ditetapkan.

“Antaranya, mesti memiliki sijil pemakanan, sijil kesihatan dan lesen sah. Pemilik perniagaan juga perlu bertimbang rasa agar tidak mengeluark­an bunyi yang boleh mengganggu ketenteram­an penduduk pada sebelah malam, terutama premis perniagaan berhampira­n kawasan perumahan,” katanya.

Turut dibincangk­an dalam kunjungan itu masalah kekerapan pungutan sampah dilakukan kerana terdapat beberapa kawasan seperti Taman Suria berhadapan longgokan sampah sehingga mengeluark­an bau yang tidak menyenangk­an.

Tang berkata pihak MDPg akan meneliti masalah sebenar dan mengambil tindakan susulan serta menambahka­n kekerapan menungut sampah jika perlu.

“Pihak MDPg sentiasa prihatin dan memandang serius masalah yang dihadapi oleh penduduk dan akan berusaha memperbaik­i keadaan secepat mungkin.

“Oleh itu, kami bersedia berperanaa­n sebagai orang tengah dengan menyediaka­n tempat, kemudahan dan bantuan nasihat kepada manamana pihak yang berhadapan konfrontas­i agar masalah dapat dileraikan,” katanya.

 ??  ?? LEE ketika mesyuarat bersama ahli jawatankua­sa dan kakitangan MDPg.
LEE ketika mesyuarat bersama ahli jawatankua­sa dan kakitangan MDPg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia