Utusan Borneo (Sabah)

Ariusdius, Evan tersenarai

Sertai latihan pusat skuad B-23 kebangsaan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ariusdius Jais pemain muda terbaharu mendapat pangggilan kem latihan pusat skuad bawah 23 kebangsaan.

Pemain sayap skuad Piala PresidenSa­bahituadal­ahantara 30 pemain yang disenaraik­an pengendali skuad bawah 23 kebangsaan, Ong Kim Swee untuk menjalani latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada 29 November hingga 9 Disember.

Arius akan bersama seorang lagi pemain Sabah, Evan Wensley Wenceslaus yang telah dikekalkan dalam skuad kebangsaan itu.

Ia adalah panggilan pertama buat Arius yang kali terakhir membantu skuad Sabah menang pingat gangsa pada Sukan Malaysia (Sukma) XIX Perak 2018, September lalu di mana beliau menyumbang­kan lima gol.

Sambil itu, turut dalam senarai yang dikeluarka­n FAM pada Khamis ialah Jordan Ollerensha­w, anak bekas penyerang import Sabah dari Australia, Scott Ollerensha­w yang mendirikan rumahtangg­a dengan bekas ratu karate kebangsaan Sabah, Michelle Koh.

Dikatakan bahawa Jordan yang bermain di bahagian tengah dan serangan adalah produk Akademi Cruizero Brazil yang berpusat di Phuet Thailand tetapi sekarang bersama Persatuan Bola Sepak St. George di Sydney Australia.

Jordan bermain untuk JDT III dalam saingan Piala Presiden musim ini dan menjaringk­an lima gol sebelum ke St. George sebagai pemain pinjaman.

Latihan pusat skuad kebangsaan itu adalah sebagai persiapan menghadapi Piala Newspaper Bawah 21 tahun di Nah Trang City, Vietnam pada 10-19 Disember.

Ong hanya akan menyenarai­kan 20 pemain ke kejohanan yang kali terakhir disertai Malaysia itu pada 2014.

Sebagai rekod, Malaysia juga di bawah kendalian Ong muncul juara kejohanan itu pada 2012.

 ??  ?? JORDAN
JORDAN
 ??  ?? ARIUSDIUS
ARIUSDIUS
 ??  ?? EVAN WENSLEY
EVAN WENSLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia