Utusan Borneo (Sabah)

Aksi lebih berkualiti

Pusingan akhir Piala Safa lebih sengit

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Aksi lebih berkualiti dengan persaingan lebih sengit dan menarik adalah apa yang diharapkan pada pusingan akhir Piala Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) 2018 di Stadium Likas dan Stadium Penampang, 1924 November ini.

“Ini adalah kemuncak kejohanan terbesar badan induk bola sepak negeri ini di mana ianya membabitka­n lapan juara zon.

“Pertemuan antara juarajuara ini tentunya kita mengharapk­an aksi-aksi yang lebih berkualiti dengan persaingan yang lebih sengit tetapi menarik,” kata Naib Presiden Safa, Haji Ismail Ayub.

Ismail yang juga Timbalan Pengerusi Kejohanan berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksika­n majlis cabutan undi bagi menentukan kumpulan dan jadual perlawanan di pejabat Safa di MAKSAK Likas pada Khamis.

Turut bersama adalah Pengarah Pertanding­an Reggie Sua @ Hafez, Setiausaha Kejohanan Muhimian Moksin dan Setiausaha Eksekutif Safa Hasbullah Yahya serta semua wakil pasukan.

Undian itu menyaksika­n Kumpulan A diisi pasukan Sipitang (Zon Pedalaman Bawah), Keningau (juara Zon Pedalaman Atas), Kinabatang­an (juara Zon Sandakan) dan Kuala Penyu (juara Zon Pedalaman Tengah).

Juara bertahan, Kota Kinabalu (juara Zon Pantai Barat) pula memulakan saingan dalam Kumpulan B bersama Kota Belud (juara Zon Nabalu), Kota Marudu (juara Zon Utara) dan Tawau (juara Zon Tawau).

Saingan peringkat kumpulan yang akan berlangsun­g pada 19-21 November dijalankan secara liga satu pusingan bagi menentukan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke pusingan separuh

Pertemuan antara juara-juara ini tentunya kita mengharapk­an aksi-aksi yang lebih berkualiti dengan persaingan yang lebih sengit tetapi menarik.

HAJI ISMAIL AYUB Naib Presiden Safa

akhir pada 23 November.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan itu akan dipertemuk­an secara silang pada separuh akhir di mana juara Kumpulan A menentang naib juara Kumpulan B manakala Juara Kumpulan B menentang naib juara Kumpulan A.

Perlawanan akhir akan berlangsun­g di Stadium Likas manakala penentuan tempat ketiga dan keempat di padang Sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 24 November.

“Ini adalah kejohanan besar pertama kami di bawah kepimpinan baharu Safa. Mudah-mudahan Piala Safa ini akan menjadi langkah pertama untuk membawa sukan bola sepak Sabah terus maju seterusnya menghadapi musim baru Liga Malaysia tahun depan dengan lebih mantap.

“Kejohanan ini di peringkat zon telah berjalan dengan lancar dan maklum balas daripada panel pencari bakat juga amat positif,” kata Ismail.

Beliau berkata, antara objektif utama kejohanan itu adalah bagi mencungkil bakat baharu untuk skuad Piala Belia (bawah 19 tahun), Piala Presiden (bawah 21 tahun) dan skuad senior.

Menurutnya, beberapa pemain dari pasukan daerah yang gagal ke pusingan akhir juga telah dikenalpas­ti dan pencarian bakat baharu itu akan diteruskan pada pusingan akhir.

 ??  ?? WAKIL-WAKIL pasukan bersama Ismail selepas acara cabut undi menentukan kumpulan dan jadual perlawanan Piala SAFA di pajaba Safa di Maksak Likas pada Khamis.
WAKIL-WAKIL pasukan bersama Ismail selepas acara cabut undi menentukan kumpulan dan jadual perlawanan Piala SAFA di pajaba Safa di Maksak Likas pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia