Utusan Borneo (Sabah)

UMS juara kategori berpasukan lelaki Boling Ten Pin IPT Sabah

-

KOTA KINABALU: Pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjuarai kategori berpasukan lelaki Kejohanan Boling Ten Pin IPT Sabah yang berlangsun­g di gelanggang MYBOWL 1 Borneo Hypermall barubaru ini.

Dengan mencatat jatuhan pin sebanyak 2084, pasukan UMS yang dibarisi oleh Azril Fakhree Khainih, Sushanor A/L Sihanor, Stefan Oceandu Greater, dan Mohd Ridzuan Mokhtar mengetepik­an saingan pasukan UMSKAL tempat kedua dengan jatuhan sebanyak 1619 pin.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan UCSF dengan jatuhan sebanyak 1403 pin.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Pascasiswa­za UMS, mempertand­ingkan empat kategori iaitu acara individu lelaki, individu perempuan, berpasukan lelaki dan berpasukan perempuan.

Sebanyak 40 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pascasiswa­zah UMS Dr. Jakaria Dasan.

Peserta terdiri daripada wakil Universiti Institut Kemahiran Mara (IKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), MSU Sabah, Kolej Kiara, University College Sabah Foundation (UCSF), Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), serta UMS Kampus induk dan UMS Kampus Labuan (UMSKAL).

Dalam pada itu, kategori berpasukan wanita telah dimenangi oleh pasukan UCSF dengan jatuhan pin sebanyak 1065.

Tempat kedua milik pasukan UMS yang dibarisi oleh Siti Fitri Bedin, Nor Adirah Sigin, Choryisah Anak Empati dan Nur Wahidayah Wahipin dengan jatuhan sebanyak 892 pin dan ketiga pasukan KTYS dengan jatuhan 867 pin.

Bagi kategori individu lelaki telah disapu bersih oleh pelajar UMS iaitu pertama Azril Fakhree Khainih (594), kedua Sushanor A/L Sihanor (561) dan Stefan Oceandu Greater tempat ketiga dengan jatuhan sebanyak 540 pin.

Noor Amalia Shaiful Kahar dari UMS pula muncul johan kategori individu wanita dengan jatuhan sebanyak 307 pin, manakala Nur Fatehah Mohd Hambali dan Ferna Edora Henry (UCSF) masingmasi­ng merangkul tempat kedua dan ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 291 dan 280 pin.

Turut hadir menyaksika­n kejohanan itu ialah Prof. Hajah Arsiah Bahron selaku Dekan Pascasiswa­zah UMS dan Sarahim Abdullah bagi menyempurn­akan penyampaia­n hadiah.

 ??  ?? PELAJAR Sains Sukan (dari kiri) Fitri, Azril dan Adirah bersama pingat dan hadiah kemenangan.
PELAJAR Sains Sukan (dari kiri) Fitri, Azril dan Adirah bersama pingat dan hadiah kemenangan.
 ??  ?? PIHAK penganjur merakamkan gambar kenangan bersama para peserta kejohanan.
PIHAK penganjur merakamkan gambar kenangan bersama para peserta kejohanan.
 ??  ?? JOHAN kategori berpasukan lelaki pasukan UMS.
JOHAN kategori berpasukan lelaki pasukan UMS.
 ??  ?? PASUKAN UMS lelaki dan wanita.
PASUKAN UMS lelaki dan wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia