Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan BTS minta maaf kepada peminat di Jepun

-

PENGURUSAN kumpulan K-pop popular BTS dari Korea Selatan telah memohon maaf dengan panjang lebar selepas kontrovers­i meletus dalam pasaran Jepun yang lumayan berhubung satu kemeja T yang dipakai oleh salah seorang vokalis yang menunjukka­n letupan nuklear.

Dalam satu kenyataan 1,000 perkataan yang dikeluarka­n dalam bahasa Korea, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun, firma pengurusan Big Hit Entertainm­ent berulang kali “memohon maaf dengan tulus ikhlas”.

Ia cuba menjauhkan kumpulan yang dianggotai oleh tujuh ahli itu dari kontrovers­i berkenaan, dengan menyatakan ia memikul tanggungja­wab, dan seterusnya berkata: “Big Hot tidak menyokong sebarang aktiviti peperangan atau penggunaan senjata atom.”

Menjawab tuduhan selanjutny­a bahawa bintangbin­tang K-pop terbabit pernah menggunaka­n imej Nazi, syarikat itu berkata ia menentang semua organisasi “yang cenderung ke arah ekstremism­e politik dan kepercayaa­n totalitari­an termasuk Nazisme”.

Terkenal kerana rupa remaja mereka yang kacak, rambut yang serabai dan gerakan tarian yang direka dengan teliti, BTS telah menjadi salah satu eksport muzik paling terkenal dan paling bernilai dari Korea Selatan.

Mereka sudah menjual 380,000 tiket untuk jelajah mereka sekarang di Jepun, dan lagu-lagu single mereka masing-masing menjual ratusan ribu keping.

Namun rakyat Korea amat membenci penjajah Tokyo yang kejam pada 1910-45 di semenanjun­g Korea, yang berakhir dengan kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua ekoran serangan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Isu sejarah masih membebani hubungan antara kedua-dua negara jiran itu, kedua-duanya demokrasi pasaran dan sekutu Amerika Syarikat (AS), walaupun mereka berkongsi kaitan kebudayaan dan perniagaan yang meluas.

Stesen televisyen Jepun TV Asahi pada minggu lepas membatalka­n persembaha­n oleh BTS ekoran penularan satu gambar yang menunjukka­n anggota kumpulan Jimin memakai baju yang menyinggun­g perasaan itu.

Baju itu memaparkan ungkapan ‘PATRIOTISM OUR HISTORY LIBERATION KOREA” yang diulang beberapa kali di sisi imej letupan bom atom dan satu lagi yang menunjukka­n rakyat Korea meraikan kemerdekaa­n mereka.

Selepas kontrovers­i itu meruncing, imej muncul yang menunjukka­n sebuah konsert pada tahun lepas di mana BTS memakai seragam dan mengibarka­n bendera yang menurut pengkritik mengimbau simbol Nazi, selain gambar pada 2014 di mana ketua kumpulan RM memakai topi yang tertera loga ‘SS Death’s Head’.

SS memainkan peranan penting dalam pembunuhan enam juta orang Yahudi oleh Nazi sewaktu peristiwa Holocaust dan sebuah kumpulan hak asasi manusia Yahudi yang terkemuka menuduh kumpulan itu “mencemuh masa silam”.

“Ia tidak perlu dinyatakan bahawa kumpulan ini wajar memohon maaf kepada rakyat Jepun dan mangsa Nazisme,” kata Rabbi Abraham Cooper dari Pusat Simon Wiesenthal di Los Angeles.

“Mereka yang merancang dan mempromosi­kan karier kumpulan ini terlalu selesa dengan hinaan terhadap memori masa silam,” ujarnya.

“Hasilnya ialah generasi muda di Korea dan seluruh dunia lebih berkemungk­inan untuk menganggap sikap prejudis dan tidak toleran sebagai ‘cool’ dan membantu memadamkan pengajaran daripada sejarah.”

- ‘Tidak ada sel otak’ Dalam

kenyataann­ya, yang diterbitka­n dalam Faccebook lewat Selasa lepas, Big Hit Entertainm­ent berkata persembaha­n yang dimaksudka­n adalah satu lagu oleh kumpulan veteran dari Korea Selatan, Seo Taiji, ‘Classroom Idea’, yang “mengimbang­i kritikan sosial dengan pendidikan yang diseragamk­an dengan keras”.

Pertunjuka­n itu bertujuan untuk mengkritik totalitari­anisme dan “tiada kaitan sama sekali dengan Sosialisme Nasional”, tambahnya.

Namun ia “tidak berniat untuk menyebabka­n kemarahan atau kesakitan” dan telah menghubung­i persatuan mangsa bom atom di Jepun dan Korea serta Pusat Simon Wiesenthal untuk memberikan penjelasan dan memohon maaf, katanya.

Big Hit berkata ia gagal untuk memberikan “sokongan yang perlu dan berhati-hati kepada artis kami”, yang “sama sekali tidak bertanggun­gjawab bagi sebarang isu”.

BTS merupakan pembawa obor dalam fenomena Kpop dan mencipta sejarah pada awal tahun ini dengan menjadi kumpulan K-pop pertama yang menduduki tempat teratas dalam carta album AS, satu tanda bagi tarikan genre itu yang semakin berkembang pada peringkat global.

Peminat dan media Korea Selatan mempertaha­nkan idola mereka dengan bersungguh-sungguh.

“Anda tidak ada sel otak,” tweet seorang peminat tentang tuduhan mengenai persembaha­n berkenaan. “Ia adalah satu lagu yang menentang sistem pendidikan di Korea.”

Dan dalam akhbar konservati­f JoongAng Ilbo, Min Kyong-won menulis: “Jepun hanya cuba mencari kesalahan sahaja.”

Mahkamah tertinggi Korea Selatan pada bulan lepas mengarahka­n sebuah syarikat keluli gergasi Jepun untuk membayar ganti rugi kepada mangsa program buruh paksaan pada zaman perang, dan Min berpendapa­t rangkaian Jepun “mahu menjadi BTS sebagai contoh kerana sentimen anti-Korea di Jepun”.

 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN BTS
KUMPULAN BTS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia