Utusan Borneo (Sabah)

Tawau dilengkapi sistem kelengkapa­n kesan gempa bumi

Kelengkapa­n kesan gempa bumi

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Daerah Tawau kawasan paling berisiko diancam tsunami di negara ini kini dilengkapi pelbagai sistem dan kelengkapa­n untuk mengesan gempa bumi dan tsunami.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin berkata antaranya termasukla­h satu stesen seismologi di Loji Jabatan Air Tawau.

“Satu stesen tolok pasang surut untuk pemantauan ombak tsunami dipasang di Pelabuhan Tawau serta sistem kamera pantai di Masjid AlKauthar dan Kg Tanjung Batu Keramat.

“Tawau juga mempunyai dua siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia yang ditempatka­n di Masjid Al-Kauthar dan Kg Tanjung Batu Keramat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmiann­ya yang disampaika­n oleh Timbalan Setiausaha Sains, Teknologi dan Inonasi MESTECC Prof Madya Dr Ramzah Dambul, sempena Majlis Perasmian Penutup Program Kesedaran Awam Mengenai Risiko Gempa Bumi dan Tsunami, dan Latih Amal Tsunami di Kompleks Sukan Tawau pada Rabu.

Yeo berkata terdapat 77 stesen seismik di seluruh negara merangkumi 41 di Semenanjun­g, 28 di Sabah dan lapan di Sarawak untuk mengesan gempa bumi.

“Terdapat 17 stesen tolok pasang surut untuk pemantauan ombak tsunami, 18 rangkaian sistem kamera pantai dan pemasangan 53 siren sistem amaran awal tsunami,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 17 Latih Amal Tsunami untuk meningkatk­an kesedaran dan mengurangk­an risiko tsunami diadakan semenjak 2006, dan enam dianjurkan di Sabah.

Beliau percaya latihan itu penting untuk menilai tahap kefahaman dan kesiapsiag­aan terutamany­a penduduk di tepi pantai supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya.

“Usaha ini juga membolehka­n kerajaan menguji keberkesan­an sistem amaran awal tsunami serta tindak balas agensi-agensi pengurusan bencana di Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, kementeria­nnya juga sudah mengadakan 75 kempen kesedaran awam di seluruh negara semenjak 2007, termasukla­h 17 daripadany­a

Tawau juga mempunyai dua siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia yang ditempatka­n di Masjid Al-Kauthar dan Kg Tanjung Batu Keramat.

YEO BEE YIN Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

diadakan di negeri ini.

Yeo berkata kedua-dua program itu akan diadakan lebih kerap di kawasan yang berpotensi dilanda bencana tsunami untuk mendidik dan mempersiap­kan masyarakat.

“Diharap kerjasama dan usaha semua pihak dapat membina asas pengetahua­n dan latihan untuk menjadikan komuniti kita Tsunami-Ready atau Tsunami-Resilient,” katanya.

 ??  ?? RAMZAH bersama tetamu kehormat serta agensi dan jabatan yang mengambil bahagian bersama di dalam program itu.
RAMZAH bersama tetamu kehormat serta agensi dan jabatan yang mengambil bahagian bersama di dalam program itu.
 ??  ?? RAMZAH (kiri) menyerahka­n cenderamat­a penghargaa­n kepada agensi dan jabatan yang mengambil bahagian.
RAMZAH (kiri) menyerahka­n cenderamat­a penghargaa­n kepada agensi dan jabatan yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia