Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan hari jadi dan hari keluarga kanak-kanak Tabika Perpaduan Bandulan A

-

KOTA KINABALU: Majlis sambutan hari jadi kanakkanak Tabika Perpaduan Bandulan A bagi bulan Oktober, November dan Disember berlangsun­g dengan meriah pada Selasa bertempat di Taman Awam Teluk Likas, di sini.

Seramai 10 kanak-kanak yang lahir pada bulan berkenaan diraikan. Majlis ini adalah sambutan hari jadi yang pertama diadakan di Pantai Awam Teluk Likas bagi tahun 2018.

Ia diadakan untuk memberi penghargaa­n kepada murid Tabika dalam satu suasana majlis yang ceria dan meriah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir, meniup lilin dan memotong kek hari jadi serta penyampaia­n hadiah daripada rakan sekelas untuk kanakkanak yang menyambut hari jadi.

Selain daripada sambutan hari jadi, sambutan hari keluarga juga turut diadakan.

Antara pengisian aktiviti sambutan hari keluarga adalah acara jalinan kasih antara anak, ibu dan bapa, acara meniup belon kanakkanak, mencari harta karun dan acara kemuncak adalah acara tarik tali kanak-kanak tabika berumur 5 hingga 6 tahun.

Antara tetamu yang turut hadir ialah Timbalan Pengerusi JPTP Bandulan A selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT)

ANTARA yang hadir dalam majlis sambutan hari jadi itu.

Taman Jaya Diri Sepanggar, Puan Patmah Ayup,guruguru Tabika Perpaduan Bandulan B serta ibu bapa.

Sambutan ini mencapai matlamat kerana berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan menggembir­akan kepada kanak-kanak tabika.

Secara tidak langsung pengalaman ini dapat membantu menyuburka­n potensi kanak-kanak dalam aspek perkembang­an sosioemosi, memupuk keyakinan diri dan membentuk personalit­i yang positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah kelak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia