Utusan Borneo (Sabah)

Pisaan beri sokongan padu kepada kerajaan negeri

-

PITAS: Persatuan Rungus Pitas (Pisaan) menyokong penuh pentadbira­n Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal.

Presidenny­a Richard Mazagi berkata, banyak pembanguna­n khasnya jalan raya utama di daerah ini belum berjaya disempurna­kan sepenuhnya oleh keajaan terdahulu dan kerajaan sekarang wajar menyambung atau membina semula jalanjalan berkenaan.

Antaranya, Jalan Pitas ke Kg Bongkol, Kg Narandang, Kg Mangkapon, Kg Pantai, Kg Mapan-Mapan, Kg Petani, Kg Kabatasan Botung, Kg Tampakahu dan jalan Pitas ke Kg Telaga.

“Selain jalan utama, Pisaan mengalu-alukan satu kajian dijalankan untuk mempastika­n bekalan air bersih yang menjadi isu sekian lama dapat diselesaik­an dalam masa yang sesingkatn­ya kerana ia amat penting kepada semua rakyat di daerah ini,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Pisaan 2018 di Dewan Arena Belia di sini.

Menurutnya, peningkata­n kemajuan bangsa Rungus yang terdapat di daerah ini bukan hanya diukur dari sudut pencapaian akademik dan ekonomi, tetapi hendaklah dilihat sejauh mana masyarakat itu menjayakan agenda politik bangsanya sendiri.

Katanya, bangsa yang maju adalah bangsa yang mempunyai wakilnya dalam pentadbira­n kerajaan dan ekoran daripada itu, Pisaan mengucapka­n terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana telah melantik anak jati Rungus, Madiyem Layapan, sebagai Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah, sekali gus dianugerah­kan pingat kebesaran negeri Sabah, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Richard berkata, Rungus khasnya sebagai satu etnik yang berganding bahu dengan bangsa lain di daerah ini menyokong peranan kerajaan mengetenga­hkan kembali isu MA63.

“Sehubungan itu, Pisaan sebagai sebuah organisasi mewakili kumpulan Rungus Pitas merasa bangga adanya pemulihan autonomi negeri Sabah.

“Sesungguhn­ya, suku kaum Rungus khasnya dan rakyat Sabah amnya sangat mendambaka­n pemulihan autonomi di bawah pentadbira­n Parti Warisan Sabah,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pisaan Masikal Ruminji, Pengerusi Pelaksana/Penganjur Hendry Motimbun serta Ahli Majlis Tertinggi Pisaan.

 ??  ?? RICHARD mengabadik­an gambar kenangan bersama sebahagian ahli Pisaan yang hadir.
RICHARD mengabadik­an gambar kenangan bersama sebahagian ahli Pisaan yang hadir.
 ??  ?? HENDRY (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Richard.
HENDRY (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Richard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia