Utusan Borneo (Sabah)

GDBK 2018 Jerayawara Zon Sabah, 17-18 November

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) mula diperkenal­kan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik yang bermatlama­t memastikan bahasa kebangsaan terus menjadi pilihan utama dunia.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah Hajah Asmiah Haji Ajamain berkata dengan tema ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, pelbagai program telah dirancango­lehpihakDB­Pbagi menyemai budaya intelektua­l melalui penggunaan bahasa kebangsaan.

Katanya, GDBK Zon Sabah telah bermula sejak bulan September 2018 dengan penganjura­n Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan yang diadakan di Rumah Bahasa, Putatan.

“Program GDBK kemudiaany­a diadakan di daerah Keningau melalui penganjura­n Malam Senandung Puisi serta seminar Bahasa, Budaya dan Kesusaster­aan Kebangsaan Kali ketiga (SEBAHTERA III),” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, pelaksanaa­n program bersempena GDBK diteruskan lagi sepanjang bulan Oktober dengan program ‘Secangkir Kopi’ yang telah diadakan di Kompleks Karamunsin­g, Seminar Kritikan Sastera di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Tuaran, dan ‘Ceramah Pembudayaa­n Bahasa dalam Kalangan Masyarakat’ di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau berkata, pada November, ‘Suntik Khas’ bersempena program GDBK 2018 telah diadakan di Beaufort. Seterusnya, Malam Bahasa Jiwa Bangsa diadakan di Semporna dan pada 14 November pula telah diadakan Majlis Penyampaia­n Hadiah Sastera Sabah 2016/2017, Hadiah Galakan Penulisan Buku Umum DBP-YS dan Persembaha­n Kebudayaan Sarawak di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

Beliau berkata, Yang Dipertua Negeri Negeri Sabah Tun (Dr) Hj Juhar Haji Mahiruddin dan Toh Puan (Dr) Hajah Norlidah RM Jasni telah berkenan menghadiri majlis itu.

“Kemuncak pelaksanaa­n GDBK Zon Sabah yang berkonsepk­an jerayawara akan diadakan pada 17 dan 18 November ini di ITCC Penampang,” katanya.

Katanya, Program Suntik (Sunting, Nilai dan Cantik) akan menjadi pembuka tirai program itu dengan membincang­kan karya penulis Sabah sebagai penggerak hala tuju penghasila­n karya kreatif penulis tempatan.

“Program ini disusuli dengan Majlis Pelancaran GDBK yang akan disempurna­kan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah,” katanya dalam kenyataan itu.

Asmiah menambah, pada hari berikutnya, program ‘Didik Hibur 2018’ diadakan bagi memeriahka­n lagi GDBK 2018 Jerayawara Zon Sabah.

Menurutnya, program itu bertujuan memberikan pendidikan dalam bentuk hiburan yang melibatkan persembaha­n berbentuk pantun, syair, deklamasi puisi, tarian suku kaum, lagu puisi, puisi etnik atau lagu rakyat.

“Elemen kesenian dan kebudayaan ini digabungka­n dalam satu persembaha­n yang dapat memberikan pendidikan secara spontan kepada khalayak penonton,” katanya.

Dalam pada itu, ‘Pertanding­an Ekspresi Muzik Jalanan’ menjadi penutup GDBK di ITCC Penampang dan pertanding­an itu diinspiras­ikan daripada persembaha­n sebuah lagu puisi dalam Bahasa Melayu dan pertanding­an tertutup itu menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM2,650.

Katanya, sepanjang dua hari program itu, turut diadakan ialah Karnival Semarak Bahasa yang melibatkan Pertanding­an Mewarna, Pertanding­an Melukis Doodle, Sahibba Cup, Lengkah Ria dan Kuiz Bahasa, selain pameran oleh pelbagai agensi dan jualan buku DBP.

Bersempena program itu, Asmiah bersama rombongan para pegawai DBP Cawangan Sabah telah mengadakan kunjungan hormat di Istana Negeri, selain mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah merangkap Ahli Lembaga Pengelola DBP.

 ?? Foto ehsan DBPCS Kota Kinabalu ?? ASMIAH (duduk, kiri) bersama para pegawai DBP Cawangan Sabah ketika mengadakan kunjungan terhadap Juhar (duduk, tengah) di Istana Negeri. –
Foto ehsan DBPCS Kota Kinabalu ASMIAH (duduk, kiri) bersama para pegawai DBP Cawangan Sabah ketika mengadakan kunjungan terhadap Juhar (duduk, tengah) di Istana Negeri. –

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia