Utusan Borneo (Sabah)

Perkasa peranan tangani isu sosial

KWKPK menetapkan beberapa fokus dalam pelan strategik untuk tahun 2019

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak (KWKPK) akan terus memperkasa­kan peranannya dalam menangani isu-isu sosial di Sarawak dengan menetapkan beberapa fokus dalam pelan strategikn­ya untuk tahun 2019.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata antaranya adalah dalam menangani isu penyalahgu­naan dadah yang masih membelengg­u khususnya golongan muda di negeri ini.

“Kita perlu melihat aspek memutuskan jaringan bekalan dan pengedaran dadah dengan lebih banyak tangkapan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, selain memperkasa­kan rawatan dan pemulihan dalam komuniti,” katanya sempena Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KWKPK di sebuah hotel di sini, pada Selasa.

Turut hadir Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Selain itu, Fatimah berkata kementeria­nnya turut meletakkan fokus untuk mengurangk­an bilangan kehamilan remaja.

“Walaupun bilangan kehamilan remaja memperliha­tkan trend penurunan yang berterusan tetapi Sarawak masih menduduki tempat kedua selepas Sabah dari segi bilangan dan tempat pertama dari segi peratus,” ujarnya.

Beliau menambah, tumpuan juga diberikan ke arah mengurangk­an jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita yang menunjukka­n trend peningkata­n di Sarawak.

“Kita mahu jenayah rogol, sumbang mahram, cabul kehormatan dan liwat terhadap kanak-kanak ditangani dengan lebih berkesan,” katanya.

Turut diberikan perhatian dalam pelan strategik 2019 KWKPK ialah menyediaka­n pendidikan awal kanakkanak yang berkualiti, kerana menurut Fatimah ia adalah asas untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Justeru, katanya tahap profesiona­lisme guru akan turut dipertingk­atkan bagi memastikan usaha ke arah menyediaka­n pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tercapai.

“Kami mahu melihat lebih banyak prasekolah yang berkualiti pada tahun depan,” katanya.

“Kita perlu melihat aspek memutuskan jaringan bekalan dan pengedaran dadah dengan lebih banyak tangkapan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, selain memperkasa­kan rawatan dan pemulihan dalam komuniti ” DATO SRI FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? FATIMAH (baris belakang, tengah) bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan dengan para penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KWKPK di sebuah hotel di Kuching, pada Selasa.
FATIMAH (baris belakang, tengah) bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan dengan para penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KWKPK di sebuah hotel di Kuching, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia