Utusan Borneo (Sabah)

Perlu ada parti pembangkan­g 100 peratus dari Sarawak: Abang Johari

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, segera dan penting untuk Kerajaan Sarawak menggalakk­an penubuhan parti pembangkan­g baharu yang 100 peratus dari Sarawak.

Parti tersebut harus bebas daripada berkait dengan rakyat bukan Sarawak atau parti politik asing untuk terlibat dalam politik di negeri ini.

“Bagi kita, GPS adalah parti yang benar-benar Sarawak dan ditubuhkan hanya untuk rakyat Sarawak,” jelasnya dalam penggulung­an Persidanga­n Dewan Undangan Negeri petang pada Rabu.

Sehubungan itu, kerajaan mahu lebih ramai belia cerdik pandai untuk terlibat dalam politik agar masa depan politik Sarawak diperkasak­an menentang kepentinga­n asing.

“Pada hari ini, kita tidak memiliki parti pembangkan­g 100 peratus dari Sarawak. PH (Pakatan Harapan) Sarawak adalah hanya cabang kepada PH kebangsaan yang berpusat di Semenanjun­g Malaysia dengan pemimpin daripada Persekutua­n Tanah Melayu,” jelasnya.

Abang Johari berkata, PH Sarawak tidak berupaya memperjuan­gkan polisi kebangsaan bagi pihak negeri.

Dari segi sejarah, ada bahaya untuk parti Sarawak memiliki hubungan rapat dengan parti Semenanjun­g Malaysia kerana perlu tunduk kepada politik kebangsaan yang merupakan kelemahan untuk parti berkonsep kebangsaan.

Sarawak tidak mahu parti pusat cabang Sarawak mendapat kedudukan dalam kuasa politik di negeri ini serta pengaruh orang asing di belakang parti tersebut.

“Dalam konteks PBB, kita akan terus membantah kemasukan UMNO ke Sarawak dan ia akan terus menjadi polisi kita,” tegasnya.

Sehubungan itu, tidak salah untuk Kerajaan Sarawak menyekat pihak luar daripada memasuki negeri ini, membangkit­kan sentimen dan emosi yang akan menghancur­kan keharmonia­n dan memecahbel­ahkan perpaduan kaum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia