Utusan Borneo (Sabah)

NREB Sarawak komited cegah pencemaran udara

-

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak bersedia belajar daripada pengalaman bandar-bandar besar seperti Beijing dan Shanghai yang terjejas oleh pencemaran udara, sebagai persediaan untuk menghadapi situasi sama yang diramalkan berlaku khususnya di bandar raya ini pada masa depan.

Kontrolern­ya Peter Sawal berkata walaupun ketika ini Kuching masih bebas daripada pencemaran udara yang serius namun dalam menuju ke arah ekonomi berpendapa­tan tinggi dan pembanguna­n yang mampan, maka sudah pasti ia bakal berhadapan masalah yang sama seperti bandarband­ar besar di kebanyakan negara maju.

“Populasi di sini (Kuching) semakin meningkat, sekarang ada lebih 700,000 orang dan boleh meningkat sehingga satu juta orang dalam tahun-tahun akan datang.

“Maka masalah pencemaran udara yang dihadapi bandar-bandar besar seperti Beijing, Shanghai (China) dan sebagainya juga boleh berlaku di sini kerana pada masa itu, pencemaran udara di Kuching mungkin bukan lagi disebabkan oleh pembakaran terbuka seperti sekarang tetapi daripada industri dan kenderaan,” katanya pada sidang media sempena Persidanga­n Better Air Qualiti (BAQ) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Rabu.

Sementara itu menjelaska­n mengenai kualiti udara di Sarawak, Peter berkata seluruh bahagian negeri ini mempunyai tempoh udara bersih yang lebih panjang dalam setahun.

Sehubungan itu, katanya tahap kualiti udara di Sarawak adalah sangat baik, di mana ia hanya tercemar dalam tempoh tertentu, misalnya akibat pembakaran terbuka dan jerebu rentas sempadan.

“Misalnya kes jerebu di Miri, ia cuma mencecah Indeks Pencemaran Udara (IPU) lebih 100 dalam tiga hari sahaja dan selepas itu akan pulih. Namun secara keseluruha­n, IPU di kebanyakan tempat di Sarawak adalah bawah 100,” katanya.

Manakala mengenai impak pencemaran udara terhadap kesihatan masyarakat di Sarawak, Peter mengakui ia memang ada tetapi belum ada kajian spesifik yang dibuat serta statistik berhubung perkara itu.

“Memang ada rekod daripada Jabatan Kesihatan atau klinik di Sarawak di mana meningkatn­ya kes berkaitan asma dan sebagainya pada musim jerebu yang teruk,” katanya.

Berhubung BAQ 2018 yang berlangsun­g dari 14 hingga 16 November ini di BCCK, Peter berkata NREB akan memanfaatk­an sepenuhnya peluang daripada persidanga­n tersebut untuk belajar, berkongsi serta mendapatka­n teknologi terbaik dari luar negara untuk menjaga alam sekitar sekali gus mengekalka­n tahap kualiti udara di Sarawak.

BAQ 2018 yang dianjurkan bersama oleh Clean Air Asia (CAA), Clean Air Forum Society Malaysia (MyCAS), Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia serta NREB Sarawak, adalah melibatkan lebih 200 penceramah tempatan dan antarabang­sa serta pakar-pakar kualiti udara.

Turut hadir Presiden MyCAS Dr Noor Zaitun Yahaya dan Pengarah Eksekutif CAA Bjarne Pedersen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia