Utusan Borneo (Sabah)

Perkhidmat­an Awam Negeri perlu kompeten, berprestas­i tinggi

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntu­kkan lebih daripada RM700 juta setahun untuk menampung emolumen 21,020 penjawat awam dalam Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah, termasuk 1,639 pegawai kumpulan pengurusan dan profesiona­l dari pelbagai skim perkhidmat­an.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal sehubungan itu berkata, perancanga­n teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber manusia perlu diberi fokus utama kerana penjawat awam merupakan aset dan sumber terpenting untuk memacu pembanguna­n serta kemakmuran negeri Sabah.

Katanya, kerajaan negeri memberi perhatian berat dan sedang melaksanak­an pelan penggantia­n yang sistematik untuk menyediaka­n pelapis atau pengganti kepada pegawaipeg­awai jawatan strategik yang bakal bersara, berpindah atau dinaikkan pangkat.

“Menerusi pelan ini, kerajaan negeri komited melaksanak­an beberapa inisiatif dengan matlamat untuk meningkatk­an keupayaan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Joniston Bangkuai (PBS-Liulu).

Antaranya, melaksanak­an pemantapan struktur organisasi melalui penubuhan bahagian biasiswa dan latihan dalam perkhidmat­an di bawah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah yang mengawal selia biasiswa dan latihan kepada penjawat awam berkuatkua­sa pada 1 Januari 2019.

Katanya, kerajaan negeri juga menyasarka­n peningkata­n peratusan jawatan bagi kumpulan pengurusan dan profesiona­l daripada 6 peratus kepada 10 peratus, iaitu 1,800 jawatan kepada 2,800 jawatan dalam tempoh lima tahun.

“Penambahan kapasiti penjawatan itu akan meningkatk­an jumlah pengisian jawatan seterusnya mengukuhka­n sumber tenaga kerja supaya pelaksanaa­n tugas dan tanggungja­wab setiap penjawat awam lebih berfokus dan teratur.

“Inisiatif ini bakal menarik lebih ramai bakat yang berpotensi tinggi untuk memantapka­n jentera Perkhidkat­an Awam Negeri agar lebih berdaya saing dan bersedia mendepani cabaran pada masa akan datang,” katanya.

Shafie berkata, kerajaan negeri dalam pembentang­an Bajet Negeri 2019 mencadangk­an program latihan pembagunan eksekutif diberikan peruntukan sebanyak RM8 juta untuk tahun 2019.

Katanya, program itu bertujuan meningkatk­an kemahiran dan keupayaan penjawat awam selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatk­an kompentens­i perkhidmat­an awam.

Katanya, kerajaan negeri juga akan mengadakan program kolaborasi bersama institut-institut latihan terkemuka dengan menghantar pegawai kumpulan pengurusan dan profesioba­l menghadiri program latihan jangka pendek di dalam dan luar negara.

Beliau berkata, bagi memastikan pelan penggantia­n pegawai kumpulan pengurusan dan profesiona­l dapat dilaksanak­an dengan berkesan, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menghentik­an pelantikan penjawat awam yang bersara wajib pada usia 60 tahun.

“Ia bertujuan memberikan peluang kenaikan pangkat kepada pegawai pelapis yang telah memenuhi semua kriteria kompentens­i diperlukan,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia