Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Maulidur Rasul Membakut ditunda ke 30 Nov

-

MEMBAKUT: Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maulidur Rasul SAW 1440H/2019M Peringkat Daerah Kecil Membakut yang akan diadakan pada 28 November ini ditunda ke 30 November 2018, bersamaan hari Jumaat.

Sambutan yang akan dirasmikan oleh Ketua Bahagian Parti Warisan Bahagian Kimanis yang juga Pengerusi Yayasan Bumiputra Sabah Datuk Yusof Haji Said itu akan bermula jam 7 pagi di padang SK Kampung Brunei dan akan berarak menuju ke Masjid Cahaya Hikmah.

Keputusan perubahan tarikh itu dipersetuj­ui oleh Jawatankua­sa Penyelaras yang dipengerus­ikan oleh Penolong Pegawai Daerah Haji Sanuddin Haji Ismail, ketika mesyuarat di pejabat daerah kecil itu yang dihadiri Pegawai Khas Pengerusi Yayasan Bumiputra Sabah dan Ketua Perhubunga­n Parti Warisan DUN Membakut Haji Arif Haji Ghani.

Menurut Sanuddin, penundaan tarikh itu adalah disebabkan perkara yang tidak dapat dielak, bagaimanap­un semua acara yang telah disusun tiada perubahan.

“Antara acara yang akan diadakan ialah bacaan alQuran, persembaha­n nasyid serta ceramah agama manakala acara yang dipertandi­ngkan ialah keunikan sepanduk terbahagi kepada tiga kategori iaitu jabatan kerajaan/NGO, sekolah dan kariah serta kontinjen terbaik dan Anugerah Tokoh Maulidur,” katanya.

Mengenai acara perarakan, beliau menyeru kepada semua kontinjen dan peserta supaya datang lebih awal dan berkumpul di padang SK Kampung Brunei sebelum jam 7.30 pagi.

Katanya kontinjen akan berarak menuju ke Masjid Cahaya Hikmah diketuai oleh Yusof dan akan diringi oleh kenderaan Jabatan Penerangan yang akan membawa selawat nabi sepanjang perjalanan itu.

“Sambutan yang bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ itu adalah sebagai wadah memperkasa penyatuan,” katanya.

Dalam pada itu, Sanuddin menasihatk­an kepada para kontinjen dan peserta yang membawa kenderaan supaya meletakkan kenderaan di kawasan sekolah atau tempat yang sesuai agar tidak akan menganggu perarakan, dan dilarang meletakkan kenderaan dalam kawasan masjid.

 ??  ?? SANUDDIN mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras mengabadik­an kenangan selepas mesyuarat.
SANUDDIN mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras mengabadik­an kenangan selepas mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia