Utusan Borneo (Sabah)

Atlet badminton Malaysia terus cemerlang di Kejohanan Remaja Dunia BWF

-

KUALA LUMPUR: Skuad remaja negara meneruskan aksi cemerlang selepas semua tujuh atlet mara ke pusingan keempat Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2018 di Markham, Kanada pada Rabu (Khamis di Malaysia).

Juara remaja dunia 2015, yang merupakan pemain pilihan ketiga Goh Jin Wei hanya mengambil masa 17 minit untuk mengetepik­an Zecily Fung dari Australia; 21-5 dan 21-6 pada pusingan ketiga acara perseorang­an wanita, demikian menurut laman web Persekutua­n Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadmint­on.com.

Sementara itu pemain muda meningkat naik, Aidil Sholeh Ali Sadikin, sebaliknya terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan lawannya, Park Hyeon Seung dari Korea Selatan; 19-21, 21-17 dan 21-18 dalam acara perseorang­an lelaki.

Rakan sepasukann­ya, Ng Tze Yong memberikan kejutan menumpaska­n pilihan ke-13, Lukas Recsh dari Jerman; 21-17, 16-21 dan 21-13.

Bagaimanap­un, kedua-dua beregu lelaki Malaysia kecundang pada Selasa selepas ditewaskan oleh lawan masing-masing pada pusingan kedua. - Bernama Keputusan Pusingan Kedua:

Beregu Campuran: Chia Wei Jie-Toh Ee Wei mn Ethan Van Leeuwen-Annie Lado (ENG) 21-8, 21-9

Choong Hon Jian-Pearly Tan Koong Le mn Ko Shing Hei-Leung Yuet Yee (HKG) 22-20, 21-17

Keputusan Pusingan Ketiga:

Perseorang­an Lelaki: Aidil Sholeh Ali Sadikin mn Park Hyeon Seung (KOR) 19-21, 21-17, 21-18

Ng Tze Yong mn [13] Lukas Recsh (GER) 21-17, 16-21, 21-13

Perseorang­an Wanita: [3] Goh Jin Wei mn Zecily Fung (AUS) 21-5, 21-6

Eoon Qi Xuan mn [8] Purva Barve (IND) 21-15, 21-10

Beregu Wanita: [3] Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei mn Benyapa Aimsaard-Peeraya Khantaruan­gsakul (THA) 29-27, 21-15

Beregu Campuran: Choong Hon Jian-Pearly Tan Koong Le mn Tsubasa Kawamura-Chihiro Uchiyama (JPN) 21-12, 21-13

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia