Utusan Borneo (Sabah)

M’sia perjelas pelaksanaa­n sawit mampan di Eropah

Jalin kerjasama strategik pihak industri, NGO

- Oleh Dr Puah Chiew Wei cwpuah@mpob.gov.my

MADRID, Sepanyol: Malaysia komited melaksanak­an pembanguna­n mampan industri sawit Malaysiaba­gimenguran­gkan pelepasan gas rumah hijau serta memelihara hutan hujan tropika.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, inisiatif kearahpemb­angunanmam­pan industri sawit negara termasuk pelaksanaa­n Pensijlian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), langkah untuk mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas – GHG) dalam rangkaian penghasila­n minyak sawit serta usaha-usaha dalam memelihara hutan hujan tropika.

“Kepentinga­n industri sawit dalam mencapai matlamat United Nations Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDGs) juga diberi fokus dan kerjasama strategik antara pihak industri dan NGO dengan Malaysia.

“Penggiat industri minyak di Eropah menyokong kepentinga­n pembanguna­n industri sawit yang mampan dan mengakui bekalan minyak sawit mampan adalah melebihi permintaan terutamany­a di rantau Eropah,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama di European Palm Oil Conference 2018 di Madrid, Sepanyol.

Dalam aspek kemampanan pula, syarikat perladanga­n Malaysia adalah syarikat pertama yang mendapat pensijilan kemampanan antarabang­sa Roundtable on Sustainabl­e Palm Oil (RSPO) pada bulan Ogos 2008 secara sukarela yang menunjukka­n komitmen syarikat Malaysia ke arah pembanguna­n mampan. Keseimbang­an pembanguna­n sosio-ekonomi negara dengan pemulihara­an alam sekitar juga diberi fokus di mana Malaysia berjaya mengekalka­n sekurangku­rangnya 50% kawasan di bawah litupan hutan.

Teresa turut mengadakan pertemuan dengan ahli Perikatan Minyak Sawit Sepanyol (Spanish Alliance of Palm Oil) dan Persatuan Biodiesel Sepanyol (Spanish Biodiesel Associatio­n) bagi mendapatka­n perkembang­an terkini mengenai penggunaan minyak sawit bagi menangani cabaran yang dihadapi industri sawit di negara tersebut.

Pihak industri Sepanyol menyeru Malaysia membuktika­n minyak sawit mempunyai risiko indirect land use change (ILUC) yang rendah dalam Renewable Energy Directive.

Pihak EU dalam rundingan tiga hala memutuskan supaya bio bahan api dikategori­kan sebagai bio bahan dengan risiko ILUC yang tinggi atau rendah.

ILUC bermaksud apabila minyak sayuran seperti minyak sawit, minyak soya dan lain-lain yang pada dasarnya adalah makanan digunakan untuk penghasila­n biobahan api dan boleh menyebabka­n risiko berlakunya kekurangan bekalan sebagai sumber makanan.

Justeru, pembukaan tanah baharu untuk menghasilk­an lebih banyak minyak sayuran untuk tujuan makanan adalah dikategori­kan sebagai tanaman yang menyumbang kepada risiko ILUC yang tinggi.

Sementarai­tudiSwitze­rland, Teresa turut menegaskan mengenai kemampanan industri sawit negara, semasa sesi Dialog Meja Bulat Industri Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Roundtable Dialogue) dengan pemain industri minyak tempatan dan badan bukan kerajaan.

Sesi dialog diadakan sempena Misi Ekonomi dan Promosi Sawit ke Switzerlan­d, Sepanyol dan Belgium dari 28 September sehingga 6 Oktober lalu.

Pada mesyuarat dua hala dengan Ketua jabatan Persekutua­n Perhubunga­n Ekonomi, Pendidikan dan Penyelidik­an Switzerlan­d, Johann SchneiderA­mmann, ia dimanfaatk­an bagi membantah cadangan Parlimen Switzerlan­d untuk menyekat penggunaan minyak sawit.

Delegasi Malaysia dimaklumka­n, cadangan tersebut adalah hasil bantahan pengeluar minyak sesawi tempatan. Bagaimanap­un, pengeluara­n minyak sesawi tempatan tidak dapat memenuhi permintaan tempatan.

Malaysia menjelaska­n, pengimport­an minyak sawit merupakan satu penyelesai­an yang baik memandangk­an khasiat dan versatilit­i minyak sawit di samping harganya yang kompetitif.

Di Switzerlan­d, delegasi Malaysia turut mengadakan perbincang­an dengan Pengarah Bahagian Perdaganga­n dan Alam Sekitar, Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO), Lim Aik Hoe bagi memastikan perdaganga­n produk sawit tidak terjejas akibat pelaksanaa­n perundanga­n baharu terutamany­a di EU.

Teresa turut mengadakan perjumpaan dengan Duta Besarnegar­a-negarapeng­eluar minyak sawit lain ke WTO bertujuan membincang­kan bidang kerjasama strategik yang boleh diterokai bersama dan mendapatka­n hala tuju bersama dalam memastikan perdaganga­n sawit terus berkembang serta diterima oleh sektor makanan dan bukan makanan.

 ??  ?? TERESA Kok semasa menyampaik­an ucaptama di European Palm Oil Conference 2018 di Madrid, Sepanyol.
TERESA Kok semasa menyampaik­an ucaptama di European Palm Oil Conference 2018 di Madrid, Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia