Utusan Borneo (Sabah)

Mega Jutamas, PPK Sri Medan terima Anugerah Industri Sawit

- Oleh Noor Asmawati Abd Samad watie@mpob.gov.my

AYER KEROH: Tapak semaian milik Mega Jutamas Sdn Bhd dan peniaga buah sawit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Medan masing-masing dari Miri, Sarawak dan Batu Pahat, Johor menerimape­ngiktirafa­nsebagai tapak semaian sawit komersial terbaik dan peniaga buah sawit terbaik bagi Anugerah Industri Sawit 2017/2018.

Penyampaia­n anugerah disempurna­kan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sempena majlis perasmian seminar Labour and Mechanisat­ion in Plantation (LAMP) 2018, anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din.

Mega Jutamas Sdn Bhd yang beroperasi di Miri, Sarawak berjaya meraih Anugerah Industri Sawit bagi kategori tapak semaian sawit komersial, manakala Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Medan meraih anugerah bagi kategori peniaga buah sawit terbaik.

Pengurus Mega Jutamas Sdn Bhd, Joseph Ng berkata, tapak semaian yang diusahakan bertujuan membekal anak benih sawit terutamany­a kepada pekebun kecil sawit di negeri Sarawak.

Katanya, syarikat itu antara pembekal terawal bagi skim tanam semula dan tanam baru sawit pekebun kecil sawit di Sarawak.

“Sebagai pembekal bagi skim bantuan berkenaan, syarikat komited memberi kerjasama kepada MPOB dan pekebun kecil yang menyertai skim tersebut”, katanya.

Mega Jutamas Sdn Bhd turut memberikan sumbangan yang signifikan kepada kelancaran dan kejayaan pelaksanaa­n skim tanam baru dan tanam semula sawit.

Sementara itu, Pengurus PPK Sri Medan, Che Zamri A. Rahman berkata, operasi PPK Sri Medan sebagai peniaga buah sawit bermula sejak 1982 dan mempunyai pembekal yang terdiri pekebun kecil sawit berjumlah lebih 1,300 orang.

“Selain urus niaga buah tandan segar, PPK Sri Medan turut menyedia pelbagai perkhidmat­an termasuk menjual input pertanian seperti baja dan racun, perkakas pertanian, khidmat pengangkut­an buah tandan segar dan bantuan kewangan kepada ahli serta pembekal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia