Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama negara pengeluar sawit dipererat

- Oleh Fairus Hidzir fairus.wdc@gmail.com

CARTAGENA, Colombia: Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengadakan lawatan kerja ke Colombia sempena Persidanga­n Antarabang­sa Minyak Sawit ke-19 anjuran industri sawit Colombia pada 26-28 September 2018 di sini.

Beliau menghadiri perbincang­an tiga hala yang membabitka­n tiga pengeluar sawit utama dunia iaitu Indonesia, Malaysia dan Colombia bagi membincang­kan isu berkaitan minyak sawit.

Ia turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Pembanguna­n Luar Bandar Colombia, Andres Valencia Pinzon.

Colombia adalah pengeluar minyaksawi­tkeempatte­rbesar dunia selepas Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Colombia mempunyai lebih 500,000 hektar ladang sawit pada 2017 dan National Federation of Oil Palm Growers of Colombia (Fedepalma) menjangka pengeluara­n minyak sawit Colombia akan mencecah sehinga 2.5 juta tan dalam masa 5 tahun mendatang.

Eropah merupakan pengimport terbesar produk sawit Colombia. Justeru perbincang­an berkaitan kerjasama bagi menangani isu anti-minyak sawit di Eropah menjadi antara inti pati perbincaga­n tiga hala antara Malaysia, Indonesia dan Colombia.

Colombia turut berminat meneruskan kerjasama dengan Malaysia dalam hal berkaitan kawalan penyakit sawit serta pembiakan baka sawit.

Kerjasama ini penting bagi mempersiap diri menghadapi sebarang penyakit tanaman sawit yang boleh memudaratk­an industry sawit Malaysia.

Contohnya, penyakit ‘bud root’ yang menyerang tanaman sawit di Colombia, memusnahka­n ribuan hektar ladang sawit di negara berkenaan.

Selain itu, hubungan dan persepsi baik terhadap industry sawit Malaysia menyebabka­n industri sawit Colombia memilih untuk mendapatka­n teknologi dan perkhidmat­an Malaysia.

 ??  ?? SHAMSUL ketika perbincang­an tiga hala antara Malaysia, Indonesia dan Colombia bagi membincang­kan isu berkaitan minyak sawit dunia.
SHAMSUL ketika perbincang­an tiga hala antara Malaysia, Indonesia dan Colombia bagi membincang­kan isu berkaitan minyak sawit dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia