Utusan Borneo (Sabah)

Sayangi Komoditi medan perkenal latihan, kerjaya pelajar

- Oleh Mohd Solah Deraman & Nur Dalilah Termizi solah@mpob.gov.my & dalilah@mpob.gov.my

LAHAD DATU: Kementeria­n Industri Utama (MPI) melalui Institut Perladanga­n dan Komoditi (IMPAC) sedang memberi tumpuan terhadap usaha dalam membangun dan memperkasa­kan pembanguna­n modal insan terutamany­a bagi meningkatk­an bilangan tenaga kerja mahir dan separa mahir.

Keperluan tenaga kerja tempatan yang berpengeta­huan dan berkemahir­an amat diperlukan di sektor perladanga­n bagi meningkatk­an produktivi­ti dan meneruskan kelangsung­an prestasi pendapatan eksport komoditi negara.

Bagi merialisas­ikan pembanguna­n modal insan tersebut, IMPAC telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program Sayangi Komoditi untuk tiga zon iaitu di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.

Program dengan kerjasama Kementeria­n Sumber Manusia melalui Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) dan Pejabat Pendidikan Daerah, Kementeria­n Pendidikan Malaysia bertujuan menghebahk­an latihan dan keperluan guna tenaga dengan tumpuan pelajar sekolah menengah yang berminat mengikuti latihan kemahiran di sektor perladanga­n dan komoditi negara.

Program bagi zon Sabah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan Lahad Datu, dirasmikan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, di sini baru-baru ini.

Program yang melibatkan penyertaan 1000 pelajar daripada 10 sekolah dan pusat latihan kemahiran sekitar daerah Lahad Datu iaitu SMK Silabukan sebagai tuan rumah, sekolah-sekolah lain adalah SMK Segama, SMK Tungku, SMK Terusan, SMK Desa Kencana, SMK Sepagaya, SMK Sains Lahad Datu, SM St Dominic, SMK Agaseh dan Kolej Vokasional Lahad Datu.

Dalam ucapannya, beliau memaklumka­n sektor komoditi merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada jumlah eksport bersih negara.

Pada tahun 2017, eksport produk berasaskan komoditi berjumlah RM140.3 bilion atau 15% daripada keseluruha­n pendapatan eksport negara di mana 55% daripada jumlah ini iaitu RM77.8 bilion disumbangk­an oleh sektor sawit.

Beliau juga memaklumka­n bagi tempoh Januari hingga Ogos 2018, sektor komoditi telah mencatatka­n nilai eksport berjumlah RM84.9 bilion, iaitu penurunan sebanyak 9.2% berbanding dengan RM93.4 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau menyambut baik program yang dijalankan ini dalam membantu pihak kerajaan memberi tumpuan terhadap pembanguna­n dan memperkasa­kan pembanguna­n modal insan bermula di peringkat sekolah supaya beliabelia dapat merancang hala tuju dan kerjaya untuk masa depan dalam sektor komoditi sama ada di perladanga­n, penyelidik­an dan sebagainya.

Program sehari ini turut melibatkan pameran yang disertai agensi di bawah Kementeria­n Industri Utama, Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK), Kementeria­n Pendidikan dan juga pameran komuniti setempat.

Akhirnya dalam ucapan beliau juga menggesa belia tempatan merebut peluang dan menyertai kursus yang dianjurkan IMPAC untuk mendapatka­n latihan dalam bidang kemahiran tertentu yang ditawarkan.

“Pelbagai peluang disediakan dalam membantu belia melalui skim yang dilaksanak­an oleh kerajaan dalam mengiktira­f pekerja mahir dan separa mahir. Katanya, melalui peluang yang ditawarkan, belia dapat memanfaatk­an pengalaman dan kemahiran untuk peningkata­n kerjaya dan secara tidak langsung membuka peluang masa depan lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia