Utusan Borneo (Sabah)

Mekanisasi ladang tingkat produktivi­ti sawit

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

AYER KEROH: Kerajaan menumpukan kepada penggunaan teknologi moden dalam usaha meningkatk­an produktivi­ti sawit bagi menangani kebimbanga­n berkaitan pemusnahan alam sekitar, biodiversi­ti dan habitat hidupan liar yang sering disuarakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Barat.

“Kini, usaha meningkatk­an produktivi­ti sawit menggunaka­n teknologi baharu dan pendekatan mampan giat dilaksanak­an oleh pihak industri yang terlibat dengan pengeluara­n sawit”, kata Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika berucap di merasmikan seminar Labour And Mechanisat­ion in Plantation (LAMP) 2018, anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini baru-baru ini.

Beliau yang membacakan ucapan Menteri Indutri Utama, Teresa Kok, turut menggesa mana-mana pihak, khususnya yang mempunyai kepakaran teknologi untuk bekerjasam­a dalam meningkatk­an produktivi­ti hasil ladang sawit serta industri komoditi lain.

“Jika kita boleh bekerjasam­a dengan cara yang lebih bersepadu dengan menggunaka­n teknologi yang tepat dan mematuhi amalan pertanian yang baik, pengeluara­n hasil minyak semasa sebanyak empat tan sehektar dapat ditingkatk­an lagi.

Katanya, kerajaan juga bercadang mengguna pakai sumber digital berteraska­n teknologi terkini dalam usaha meningkatk­an produktivi­ti industri berasaskan perladanga­n negara.

“Pengurusan pendigital­an itu, termasuk beralih kepada penggunaan teknologi seperti robotik dan imbasan.

“Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pelaburan bagi sumber manusia dan bukannya menggunaka­n sumber pekerja yang ramai.

“Sebaliknya, pada masa depan tumpuan lebih terarah kepada penggunaan sumber tenaga kerja berkemahir­an yang dapat menggunaka­n peralatan berteknolo­gi tinggi,” katanya.

Katanya, kerajaan sedang dalam usaha mewujudkan era baru, lebih dinamik dan mampan dan menumpukan pada peningkata­n produktivi­ti sawit, dan bukannya memperluas­kan tanah.

“Perlindung­an hutan adalah keutamaan bagi kerajaan dan akan memenuhi komitmen Malaysia untuk mengekalka­n 50 peratus tanah sebagai kawasan hutan yang terpelihar­a”, katanya.

Beliau menambah, inisiatif Malaysia melaksanak­an pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan menjadikan­nya mandatori pada 31 Disember 2019 adalah cara menaikkan pencapaian industri minyak sawit Malaysia bukan sahaja dalam kemapanan tetapi juga dalam meningkatk­an pengeluara­n.

Dalam pada itu, Shamsul berkata, kementeria­nnya juga sedang memfokuska­n usaha menjadikan petani di seluruh negara berkemahir­an dalam bidang keusahawan­an.

“Kecenderun­gan kementeria­n adalah untuk memastikan petani pada masa depan mempunyai elemen (kemahiran) keusahawan­an.

“Ia secara tidak langsung dapat membantu petani dalam industri komoditi kekal bertahan walaupun pasarannya mungkin terjejas atau jatuh pada paras rendah,” katanya.

Pada majlis sama, Shamsul turut melancarka­n penerbitan terkini MPOB berjudul Accelerati­ng Oil Palm Mechanisat­ion in Malaysia: Innovation­s and Adaptions.

Penerbitan itu mengisahka­n mengenai sejarah dan inovasi semasa mekanisasi perladanga­n sawi toleh M P O B dan pihak industri. Pelbagai teknologi dihasilkan bagi mengoptimu­mkan operasi ladang ditonjolka­n dalam buku berkenaan.

Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din.

 ??  ?? SHAMSUL ketika melancarka­n buku terbaru terbitan MPOB bertajuk ‘Accelerati­ng Oil Palm Mechanisat­ion in Malaysia: Innovation­s and Adaptions’ di Ayer Keroh, Melaka.
SHAMSUL ketika melancarka­n buku terbaru terbitan MPOB bertajuk ‘Accelerati­ng Oil Palm Mechanisat­ion in Malaysia: Innovation­s and Adaptions’ di Ayer Keroh, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia