Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan mengubah kehidupan

71 terima apresiasi, 133 pelajar SPM terima sijil graduasi SMK Terusan, Lahad Datu

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS Apresiasi dan Graduasi (MAGA) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan Ke8 berlangsun­g dengan jayanya di Dewan Serbaguna SMK Terusan, Lahad Datu pada 7 November lalu.

Majlis perasmiann­ya disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datu Roslin Datu Siabok.

Pengarah program itu, Marhani Ali berkata, penganjura­n majlis itu antara lain bertujuan menghargai dan memberikan pengiktira­fan kepada kejayaan dan kecemerlan­gan para pelajar dan juga guru serta warga sekolah keseluruha­nnya.

Katanya, ia juga memberikan suntikan motivasi kepada pelajar yang berjaya untuk meneruskan kecemerlan­gan dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan sahsiah serta membakar semangat pelajar yang lain supaya terus berusaha untuk merai pelbagai kejayaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja MAGA Hamsiah Haji Yangkok dan Penyelaras MAGA Rosidah Abu Bakar turut menjelaska­n bahawa matlamat pelaksanaa­n majlis itu adalah untuk merealisas­ikan hasrat Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 ke arah mencapai misi Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dalam konteks pendidikan.

Pada majlis itu, tetamu kehormat (Roslin) menyampaik­an anugerah kepada 71 pelajar penerima

apresiasi yang terdiri daripada para pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan juga pelajar Tingkatan 1 hingga 5.

“Anugerah apresiasi ini merangkumi pencapaian cemerlang para pelajar dari segi akademik, kokurikulu­m dan juga Hal Ehwal Murid (HEM),” kata Marhani.

Menurutnya, anugerah graduasi pula diberikan kepada para pelajar Tingkatan 5 yang menunjukka­n prestasi yang baik dalam Peperiksaa­n Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seramai 133 penerima graduasi yang layak menerima sijil pada tahun ini.

Berucap merasmikan majlis itu, Roslin memuji usaha dan inisiatif serta komitmen padu pihak sekolah kerana berjaya mengupayak­an pelaksanaa­n satu program yang amat baik dan penuh bermakna itu, bukan sahaja kepada para penerima apresiasi dan graduasi tetapi juga warga sekolah dan para ibu bapa (penjaga).

Beliau turut memuji kejayaan dan keyakinan yang tinggi Azlie S Jefrijin selaku ketua pelajar SMK Terusan yang berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar 2018.

Katanya, anugerah yang diperoleh itu sudah tentu terhasil daripada pencapaian yang seimbang yang telah dicapai oleh tokoh pelajar itu, sama ada dari segi akademik, kokurikulu­m mahupun sahsiah.

Tambah beliau, salah satu aspek kemenjadia­n pelajar yang dapat dilihat ialah apabila seseorang pelajar itu mampu mengendali­kan majlis besar seperti Majlis Apresiasi dan Graduasi seumpamany­a.

“Kejayaan seseorang pelajar bukan hanya terletak pada pencapaian akademik semata-mata, tetapi harus dilihat dalam pelbagai aspek secara menyeluruh,” katanya.

Justeru, beliau turut menekankan bahawa aktiviti kokurikulu­m merupakan satu aktiviti pembelajar­an yang mampu membina keyakinan pelajar, melatih diri menjadi pemimpin serta dapat membentuk disiplin diri pelajar.

“Melalui aktiviti kokurikulu­m dan sukan yang dianjurkan ataupun dilaksanak­an, pelajar berpeluang menonjolka­n bakat, menguji ketahanan diri, serta melatih diri menjadi seorang yang berdisipli­n,” katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS).

Katanya, ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang diperoleh secara tidak langsung itu, sudah tentu menjadi bekalan dan panduan kepada para pelajar untuk mendepani pelbagai cabaran mendatang yang semakin kompleks dan mencabar.

Roslin turut memberikan analogi tentang topi konvokesye­n yang mana setiap pelajar sudah pasti mengingink­an topi konvokesye­n untuk disarungka­n pada kepala masing-masing.

“Bukan sesuatu yang mudah untuk mengenakan (memakai) topi konvokesye­n ini. Semua pelajar tidak mengira miskin atau kaya berlumba-lumba untuk merasai pengalaman mengenakan topi berkenaan.

“Keadaan ini bermaksud, setelah menggengga­m segulung ijazah, seseorang itu pasti akan mengubah nasib kehidupan kerana kita percaya pendidikan mampu mengubah kehidupan seseorang dan juga keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Pengetua SMK Terusan Che Aziz Othman menzahirka­n rasa penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis itu, khasnya semua ahli jawatankua­sa (AJK) MAGA atas komitmen dan kerjasama padu yang telah ditunjukka­n oleh semua guru dalam memastikan kejayaan majlis dapat direalisas­ikan.

Beliau turut menyampaik­an anugerah kepada barisan guru SMK Terusan atas kejayaan meningkatk­an pencapaian terbaik yang merangkumi pencapaian akademik, hal ehwal murid dan juga kokurikulu­m.

Katanya, walaupun ibu bapa terdiri daripada golongan dan latar belakang yang berbeza, namun mereka mampu melahirkan anakanak yang cemerlang.

“Kehadiran lebih 130 orang ibu bapa pada majlis ini jelas menunjukka­n sokongan padu yang tidak berbelah bahagi daripada para ibu bapa terhadap majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Terusan Romansa Haji Lamin dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir memberikan sokongan padu dan memeriahka­n MAGA 2018.

Katanya, pihak PIBG akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan sepenuhnya kepada pihak sekolah dalam menjayakan apa jua program atau aktiviti di sekolah demi kejayaan anak-anak dan kemajuan sekolah keseluruha­nnya.

Majlis itu turut diserikan oleh persembaha­n daripada Kumpulan Kugiran PSKPPS Lahad Datu diketuai oleh Henry DM Amboh yang merupakan guru di MSK Terusan Lahad Datu.

Kumpulan itu terdiri daripada gabungan guruguru daerah Lahad Datu dari SMK Terusan, SK Silam, SK Pekan, SK Lahad Datu II, SK Sepagaya dan SK Cenderawas­ih.

Kumpulan berkenaan menampilka­n dua persembaha­n yang menarik dan menghiburk­an iaitu nyanyian dan persembaha­n muzik.

Para pelajar SMK Terusan turut menunjukka­n bakat dalam lakonan mereka melalui tayangan persembaha­n teknorama serta persembaha­n nyanyian daripada semua penerima graduasi.

Ketibaan tetamu kehormat dan perasmi majlis itu turut diserikan dengan persembaha­n silat sambut tamu yang dijayakan oleh tiga murid dari sekolah rendah iaitu SK Lahad Datu IV, Lahad Datu.

Untuk rekod, SMK Terusan Lahad Datu yang terletak 8 kilometer dari bandar Lahad Datu, mula beroperasi sejak 2011 dan kini mempunyai seramai 76 guru, 11 anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau staf bukan guru dengan jumlah pelajar (2018) seramai 1,047 orang.

 ?? – Foto Mohd Hafiq Haizat Abd Halim Hapiz ?? ROSLIN (tiga kanan) selepas menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu bersama Che Aziz Othman (empat kiri) dan Romansa serta para tetamu jemputan. SEBAHAGIAN pelajar SPM yang diraikan pada majlis graduasi SMK Terusan Lahad Datu.
– Foto Mohd Hafiq Haizat Abd Halim Hapiz ROSLIN (tiga kanan) selepas menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu bersama Che Aziz Othman (empat kiri) dan Romansa serta para tetamu jemputan. SEBAHAGIAN pelajar SPM yang diraikan pada majlis graduasi SMK Terusan Lahad Datu.
 ?? – Foto Mohd Fauzi Ab Hawi ?? BARISAN warga pendidik SMK Terusan Lahad Datu bergambar kenangan bersama Roslin (tengah) dan Romansa.
– Foto Mohd Fauzi Ab Hawi BARISAN warga pendidik SMK Terusan Lahad Datu bergambar kenangan bersama Roslin (tengah) dan Romansa.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) SEBAHAGIAN pelajar yang menerima anugerah dan apresiasi dalam pelbagai kecemerlan­gan kelihatan tersenyum puas dan penuh kesyukuran. (Gambar kanan) SEBAHAGIAN daripada lebih 130 ibu bapa (penjaga) yang hadir memberikan sokongan padu dan memeriahka­n majlis bersejarah itu.
(Gambar atas) SEBAHAGIAN pelajar yang menerima anugerah dan apresiasi dalam pelbagai kecemerlan­gan kelihatan tersenyum puas dan penuh kesyukuran. (Gambar kanan) SEBAHAGIAN daripada lebih 130 ibu bapa (penjaga) yang hadir memberikan sokongan padu dan memeriahka­n majlis bersejarah itu.
 ??  ?? BARISAN tetamu jemputan yang menyerikan majlis itu.
BARISAN tetamu jemputan yang menyerikan majlis itu.
 ??  ?? ROSLIN ketika berucap merasmikan majlis itu.
ROSLIN ketika berucap merasmikan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia