Utusan Borneo (Sabah)

Iktiraf kecemerlan­gan murid

1000 hadiri Hari Penyampaia­n Sijil Tabika Perpaduan Daerah Tawau 2018

-

Pendidikan prasekolah amat penting bagi mengembang­kan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial melalui persekitar­an pembelajar­an yang selamat.

SARIFUDIN HATA Pembantu Menteri Kewangan

TAWAU: Seramai 1000 orang termasuk kanakkanak Tabika Perpaduan dan ibu bapa menghadiri Hari Penyampaia­n Sijil Tabika Perpaduan Daerah yang diadakan di Dewan SRJK (C) Yuk Chin di sini, pada Ahad lepas.

Objektif program itu ialah untuk mengiktira­f di atas pencapaian yang cemerlang dan dapat menamatkan sesi persekolah­an dengan jayanya.

Ia juga meningkatk­an semangat murid untuk menempuhal­ampersekol­ahan yang sebenar.

Selain itu, ia menyuburka­n potensi diri murid dalam pelbagai aspek dan memberi peluang kepada mereka untuk menggilap kebolehan masingmasi­ng.

Program itu juga diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dan memantapka­n semangat perpaduan dalam kalangan guru dan ibu bapa dalam pelaksanaa­n program.

Pengisianp­rograminia­dalah Penyampaia­n Sijil kepada 296 orang murid, Anugerah Murid Berpotensi kepada 14 orang murid, persembaha­n oleh kanak-kanak Tabika Perpaduan dan Penyampaia­n Sijil Penghargaa­n kepada Tabika Perpaduan.

Majlis ini disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai, Sarifudin Hata.

Beliau berkata, pendidikan prasekolah amat penting bagi mengembang­kan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial melalui persekitar­an pembelajar­an yang selamat.

Ini penting agar mereka berjaya menangani cabaran dan tanggungja­wab di sekolah rendah kelak.

Beliau berkata pertumbuha­n kanak-kanak seharusnya dikembangk­an dengan pelbagai potensi dan tidak sewajarnya terhad dalam aspek pencapaian akademik semata-mata.

Turuthadir­dimajliste­rsebut ialah Ketua Unit Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional, Hilman Jack Usli mewakili Pengarah Perpaduan Negeri Sabah, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Tawau ASP Surian Syah Sudin mewakili Ketua Polis Daerah, Pegawai Perpaduan Bahagian Tawau Rosmah Wading,Pengerusi Rukun Tetangga, Pengerusi JPTP dan Guru serta Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah.

 ??  ??
 ??  ?? SARIFUDIN menyampaik­an Sijil Penghargaa­n kepada penerima.
SARIFUDIN menyampaik­an Sijil Penghargaa­n kepada penerima.
 ??  ?? SARIFUDIN menyampaik­an sijil kepada kanakkanak
SARIFUDIN menyampaik­an sijil kepada kanakkanak
 ??  ?? KEHADIRAN ibu bapa dalam majlis itu
KEHADIRAN ibu bapa dalam majlis itu
 ??  ?? JEJAK PERPADUAN KANAK-KANAK berpotensi merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan khas.
JEJAK PERPADUAN KANAK-KANAK berpotensi merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia