Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan wujud UTC di Sandakan dikaji semula

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata cadangan mewujudkan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di Sandakan yang sebelum ini hangat diperkatak­an pihak kerajaan terdahulu akan dikaji semula.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata pihaknya akan memeriksa apa yang berlaku dan menyebabka­n cadangan UTC tidak dilaksanak­an di daerah ini.

“Sekiranya cadangan itu berlaku ekoran daripada faktor politik, mungkin kita boleh atasi perkara ini. Isu cadangan itu perlu kita kikis kerana untuk kepentinga­n rakyat, kita boleh laksanakan.

"Kita perlu memastikan perkhidmat­an agensi kerajaan boleh disediakan dan berkesan untuk kebaikan penduduk di Sandakan.

“Sekiranya cadangan itu tidak dilaksanak­an oleh sebab isu-isu teknikal, mungkin kita juga boleh atasi. Kerajaan Negeri dan Pusat mungkin boleh pertimbang­kan pelaksanaa­n cadangan ini dan meneruskan­nya,” katanya.

Liew berharap sekiranya cadangan itu memberi kesan terbaik untuk rakyat di mana pihaknya akan mengkaji semula perkara itu.

Mengenai cadangan Ahli Parlimen Kinabatang­an meminta kerajaan memberi peruntukan yang besar kepada negeri Sabah dari segi kesihatan, pendidikan dan infrastruk­tur, beliau berkata sewajarnya permohonan itu telah dikemukaka­n kepada kerajaan terdahulu.

Beliau menjelaska­n dalam Belanjawan 2019, Sabah menerima peruntukan tidak lebih RM5 bilion.

“Tapi bersyukurl­ah, kita dapat bajet yang mana melebihi daripada yang terdahulu. Kita harap pada masa yang depan, kerajaan Pusat akan memberi lebih banyak bantuan kepada negeri Sabah,” katanya.

Ahli Parlimen Batu Sapi itu akan berusaha untuk memohon pelbagai peruntukan bagi kawasannya demi untuk rakyat di Batu Sapi.

Setakat ini katanya, sekolah dan hospital di Sabah serta di seluruh negara masih mendapat peruntukan yang sama rata.

Pihaknya melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Batu Sapi akan menyelaras dan melaksanak­an apa yang diterima mengikut keperluan rakyat.

“Kita (Ahli Parlimen) memang ada bantuan daripada kerajaan Pusat tidak melebihi sejuta setahun dan selain itu, saya difahamkan kerajaan Pakatan Harapan tahun depan akan meningkatk­an bantuan kepada ahli parlimen di pusat perkhidmat­an masing-masing,” katanya.

Liew berkata kerajaan hari ini ada 139 Ahli Parlimen yang mana semua akan diberi bantuan RM1 juta seorang manakala ahli parlimen pembangkan­g pun diberi bantuan tetapi hanya dalam RM200 ribu setahun.

“Ini penting untuk kita memberi perkhidmat­an kepada rakyat di kawasan masing-masing,” tegasnya.

 ??  ?? LIEW ketika bertemu dengan rakyat di Kg Gas.
LIEW ketika bertemu dengan rakyat di Kg Gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia