Utusan Borneo (Sabah)

Isu ICERD dibawa kepada pertimbang­an Jabatan Peguam Negara

-

KUALA LUMPUR: Isu ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimasi Kaum (ICERD) telah dibawa kepada pertimbang­an Jabatan Peguam Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

“Sekiranya ada ‘condition’ (syarat) untuk Malaysia membuat ‘adjustment’ (perubahan terhadap) Perkara 153 (Perlembaga­an Persekutua­n), saya beri jaminan kerajaan tidak akan meratifika­si ICERD,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 bagi kementeria­nnya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Perkara 153 merujuk kepada hak-hak keistimewa­an orang Melayu dan Bumiputera.

Bagaimanap­un, apabila Waytha Moorthy beralih ke isu lain ia mendapat bantahan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-kepala Batas) yang menyatakan isu berkenaan lebih penting berbanding isu lain.

Tindakan Waytha Moorthy mengulas berhubung peruntukan untuk kawasan Rukun Tetangga menimbulka­n perasaan tidak puas hati dalam kalangan anggota Parlimen pembangkan­g.

“Memandangk­an Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak berminat untuk mendengar, saya akan beri jawapan bertulis,” kata Waytha Moorthy lalu terus duduk.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) kemudian bangun mengusulka­n supaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan jawapan dalam sesi penggulung­an berhubung isu ICERD.

Dalam pada itu, tiga badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) membuat laporan berhubung isu itu di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia