Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n bantah ICERD: Polis belum terima permohonan permit

-

PORT DICKSON: Polis belum menerima sebarang permohonan permit bagi mengadakan perhimpuna­n membantah ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), yang dijadualka­n berlangsun­g Jumaat ini, di Seremban.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata berdasarka­n Akta Perhimpuna­n Aman 2012, penganjur perlu mengemukak­an permohonan permit 10 hari sebelum mengadakan sesuatu perhimpuna­n aman.

“Sekiranya mereka tidak memperoleh permit dan tetap mahu meneruskan perhimpuan­an, mereka diingatkan agar tidak membuat sebarang provokasi melampau, mengganggu-gugat ketenteram­an awam dan mengakibat­kan kesesakan lalu lintas.

“Hak bersuara adalah hak orang ramai namun janganlah berlebih-lebihan hingga menggugat keselamata­n orang awam,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelupusan barang kes dadah JSJN negeri, di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan mengajak orang ramai menyertai Himpunan Bantah ICERD yang akan diadakan di Masjid Negeri, Seremban pada jam 2 petang Jumaat ini.

Perhimpuna­n itu dianjurkan pihaknya bersama Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan dan Pemuda PAS sebagai membantah cadangan meratifika­si ICERD.

Dalam perkembang­an lain, Noor Azam berkata polis setakat ini menerima enam laporan terhadap video tular Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang dikatakan mengeluark­an kenyataan fitnah dan menyentuh sensitivi perpaduan kaum di negara ini.

“Kita akan serahkan laporan itu ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut, kita di sini hanya menerima laporan sahaja,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia