Utusan Borneo (Sabah)

Pemerkasaa­n ilmu pengetahua­n agenda penting

-

KOTA KINABALU: Memperkasa­kan ilmu pengetahua­n, penekanan dalam bidang sukan dan kokurikulu­m serta penerapan pelbagai kemahiran dalam kalangan pelajar adalah sebahagian daripada agenda penting dalam sistem pendidikan negara.

Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Hj Mohd Kassim Hj Mohd Ibrahim berkata, kokurikulu­m adalah pelengkap kepada kurikulum sekali gus merupakan dua sistem yang menjana tenaga sumber manusia seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaiman­a yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Katanya kokurikulu­m juga adalah platform yang berkesan di dalam pembentuka­n sahsiah individu khasnya para pelajar.

“Aktiviti kokurikulu­m adalah satu aktiviti yang terancang kerana ia adalah gerak kerja lanjutan daripada proses pembelajar­an di dalam bilik darjah. Ia juga menyediaka­n peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalka­n pengetahua­n, kemahiran serta nilai yang dipelajari di dalam kelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Anugerah Kokurikulu­m 2018 SK Sri Gaya, Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBT) Kota Kinabalu. Hadir sama ialah Yang Dipertua PIBG SK Sri Gaya Bahrul Radza Hj Chuprat dan Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Sri Gaya Dyah Shintawati.

Terdahulu di dalam ucapannya, Bahrul memberikan jaminan para ibu bapa akan sentiasa memberikan komitmen dalam membantu meneruskan kecemerlan­gan SK Sri Gaya.

“Bukan hanya dalam bidang akademik malah kokurikulu­m pada masa hadapan sesuai dengan status Sekolah Berprestas­i Tinggi,” katanya.

Dalam majlis itu, sijil penghargaa­n serta piala disampaika­n kepada para pelajar yang aktif dan menunjukka­n kecemerlan­gan dari peringkat negeri ke peringkat antarabang­sa bagi tahun 2018.

 ??  ?? MOHD Kassim (kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar sambil diperhatik­an oleh Dyah Shintawati (tengah).
MOHD Kassim (kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar sambil diperhatik­an oleh Dyah Shintawati (tengah).
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menerima anugerah.
SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia