Utusan Borneo (Sabah)

Keturunan Toraja Malaysia disaran bentuk persatuan komuniti

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Rakyat Sabah berketurun­an Toraja Malaysia disaran membentuk persatuan komuniti kaum itu sendiri ke arah memastikan kepentinga­n dan kebajikan mereka terbela.

Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman berharap komuniti itu mempertaha­nkan adat budaya diwarisi sesuai dengan peraturan dan undang-undang yang terdapat di negara ini.

“Kita di Parlimen Kalabakan sedia membantu (melalui persatuan komuniti Toraja Malaysia jika hendak diwujudkan),” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau ditemui sempena Majlis Perkahwina­n pasangan Yesita Musa dan Henry Limba di Dewan SRJK(C) Yuk Chin yang diadakan mengikut adat dan budaya komuniti Toraja.

Ma’mun memuji usaha komuniti Toraja Malaysia yang tinggal di Parlimen Kalabakan kerana masih mengekalka­n adat budaya diwarisi termasuk adat perkahwina­n.

“Itulah uniknya kita di Sabah kerana kita meraikan semua kepelbagai­an adat dan budaya masyarakat, malah berpotensi untuk dikembangk­an dalam sektor pelanconga­n,” katanya.

Menurutnya, Parlimen Kalabakan juga memerlukan pengisian program berbentuk adat dan budaya untuk diadakan secara berterusan tanpa tertumpu pada satu-satu masa sahaja.

Beliau berkata Daerah Tawau yang merangkumi kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan perlukan pakej pelanconga­n lebih segar selain Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau.

“Kita harus mengangkat kepelbagai­an adat dan budaya semua kaum di Daerah Tawau secara berterusan sehingga boleh menjadi daya penarik kehadiran pelancong,” katanya.

 ??  ?? MA’MUN
sarankan rakyat Sabah berketurun­an Toraja Malaysia supaya membentuk persatuan komuniti mereka sendiri.
MA’MUN sarankan rakyat Sabah berketurun­an Toraja Malaysia supaya membentuk persatuan komuniti mereka sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia