Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki langgar lari pelanggan restoran direman empat hari

-

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes langgar lari seorang pelanggan restoran di Taman Equine, Seri Kembangan, dekat sini, malam Ahad direman empat hari bermula Isnin.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairol Azhar Mohd Ishak membenarka­n tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehka­n siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Siasatan terhadap pekerja am itu dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, lelaki itu yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada kira-kira 11.25 pagi dan diiringi anggota polis keluar dari bilik reman kira-kira 30 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata suspek ditahan kirakira 1.43 pagi selepas majikan kepada suspek menyerahka­n lelaki berkenaan kepada polis.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang berasal dari Sarawak itu negatif dadah namun darah suspek akan diambil untuk ujian alkohol,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam Ahad, seorang wanita dilaporkan maut dan empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di kawasan berkenaan.

Ketika kejadian, wanita berusia 57 tahun itu sedang makan malam bersama anggota keluargany­a di hadapan premis tersebut.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia