Utusan Borneo (Sabah)

Tempoh reman suspek kes dera bayi Muazara disambung seminggu lagi

-

KAJANG: Perintah tahanan reman terhadap seorang pengguntin­g rambut dalam kes kematian bayi perempuan berusia 11 bulan, Nur Muazara Ilfa Mohammad Zainal dipercayai akibat didera dua minggu lalu, dilanjutka­n seminggu lagi.

Lanjutan perintah reman itu yang dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Majistret Kajang Sharifah Fazilah Zulkifli di sini pada Isnin, bermula Selasa hingga Isnin depan.

Ini adalah kali kedua tempoh reman terhadap lelaki berumur 36 tahun itu yang juga suami pengasuh mangsa dilanjutka­n selepas tempoh sambung reman pertamanya berakhir pada Isnin.

Lelaki itu direman pada 9 Nov lalu bagi membantu siasatan dan disambung reman buat kali pertama pada 13 Nov.

Mahkamah sama turut membenarka­n permohonan melanjutka­n perintah reman terhadap pengasuh mangsa yang disambung tujuh hari lagi bermula Isnin hingga 25 Nov bagi membantu siasatan kes tersebut.

Permohonan itu dibuat selepas tempoh reman terhadap wanita berusia 28 tahun berkenaan tamat pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan perbuatan tidak berperikem­anusiaan dilakukan ke atas Nur Muazara Ulfa yang meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhny­a.

Ibu mangsa pada awalnya dimaklumka­n pihak Hospital Serdang bahawa mangsa dihantar ke hospital itu oleh pengasuh dan suaminya selepas pasangan terbabit mendakwa mangsa tercekik epal.

Bagaimanap­un, pemeriksaa­n lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan koyakan pada selaput dara dan duburnya manakala hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala’ dengan tempurung kepala mangsa pecah selain kesan lebam pada bahagian atas kiri dan kanan kepala mangsa.

Susulan itu, pasangan suami isteri berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes kematian menyayat hati bayi tersebut yang mendapat perhatian masyarakat di seluruh negara.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia