Utusan Borneo (Sabah)

JKE Politeknik KK adakan CSR di Bukit Nuluh Lapai

-

TUARAN: Jabatan Kejurutera­an Elektrik (JKE) Politeknik Kota Kinabalu meneruskan inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dan Program Sihat dengan tema ‘Healthy and Lifestyle’ bersama staf JKE di Bukit Nuluh Lapai di sini.

Ketua Jabatan Caroline Dame Siagian berkata, penganjura­n program itu diadakan sempena sambutan Anti Kutu Sampah yang dianjurkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Turut diadakan ialah Program Sihat bagi staf JKE supaya lebih sihat, aktif dan produktif.

“Program ini bertujuan membina sikap prihatin dan kerjasama dalam kalangan warga JKE dan komuniti tentang kepentinga­n menangani permasalah­an pembuangan sampah di kawasan tempat rekreasi.

“Ia seiring dengan negara maju di mana Program Sihat dapat mengekalka­n kesihatan dan sahsiah dalam kalangan tenaga kerja supaya lebih sihat, cergas dan berkeboleh­an agar dapat menyumbang idea serta tenaga dalam membangunk­an dunia pendidikan untuk masyarakat setempat.

“Tambahan pula, kita mempunyai beberapa kawasan tempat rekreasi sekitar politeknik yang tentunya menjadi tumpuan awam untuk menjalanka­n aktiviti rekreasi seperti ‘hiking’,” katanya.

Kebersihan tempat-tempat rekreasi itu perlu diambil perhatian supaya pelancong luar yang datang melihat Sabah sebuah negeri yang bebas daripada sampah.

“Kita berharap warga JKE akan meneruskan aktiviti seperti ini di masa akan datang bagi menyahut Anti Kutu Sampah dan Program Sihat,” katanya.

 ??  ?? SESI bergambar beramai-ramai di puncak Bukit Nuluh Lapai.
SESI bergambar beramai-ramai di puncak Bukit Nuluh Lapai.
 ??  ?? SESI khidmat masyarakat iaitu aktiviti membersihk­an dan mengutip sampah di laluan pendakian Bukit Nuluh Lapai.
SESI khidmat masyarakat iaitu aktiviti membersihk­an dan mengutip sampah di laluan pendakian Bukit Nuluh Lapai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia