Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah Shah Alam terima ancaman bom palsu

-

SHAH ALAM: Petugas dan orang awam di Kompleks MahkamahSu­ltanSalahu­ddin Abdul Aziz Shah di sini gempar apabila diarahkan mengosongk­an bangunan itu gara-gara panggilan bom palsu diterima oleh petugas mahkamah, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengarah Mahkamah Tinggi Shah Alam berkaitan satu panggilan ancaman bom yang diterima oleh kakitangan mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi.

Beliau berkata panggilan berkenaand­ibuatolehs­eorang lelaki yang memperkena­lkan dirinya sebagai pegawai polis dari Bukit Aman yang memaklumka­n ada bom diletakkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sejurus menerima maklumat berkenaan, katanya, polis segera ke lokasi dan mengarahka­n bangunan berkenaan dikosongka­n.

Satu pasukan United Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan telah membuat pemeriksaa­n lebih dua jam di seluruh kawasan bangunan dan ruang legar mahkamah namun tidak menemui sebarang objek berupa bom atau bungkusan mencurigak­an, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Baharudin, setelah keadaan disahkan selamat semua kakitangan dan orang awam dibenarkan masuk ke dalam kompleks mahkamah untuk menjalanka­n urusan masingmasi­ng pada jam 12.45 tengah hari.

Katanya, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang proses pemeriksaa­n serta pembersiha­n dijalankan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a sekali.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia