Utusan Borneo (Sabah)

Tiada rancangan lesen kasino di Pulau Tioman

-

KUANTAN: Kerajaan Pahangpada­Isninmeneg­askan ia tidak merancang untuk mengeluark­an lesen kasino di Pulau Tioman.

Malah kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, perkara itu tidak pernah berbangkit untuk dipertimba­ngkan dalam usaha meningkatk­an pendapatan kerajaan negeri.

“Kita memang tidak bercadang nak beri lesen kasino di Pulau Tioman... malah tak pernah terlintas pun,” katanya menjawab soalan Sim Chon Siang (PHTeruntum) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang di sini.

Sim ingin tahu jika kerajaan negeri berhasrat berbuat demikian kerana ada ura-ura pembinaan lapangan terbang di Mersing, Johor.

Mersing merupakan antara lokasi jeti feri ke ke Pulau Tioman selain Tanjung Gemok di Rompin.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata keputusan mesyuarat Wilayah Ekonomi Pantai Timur di antara kerajaan Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor yang diadakan sebelum ini memutuskan pembinaan lapangan terbang itu tidak dilaksanak­an.

Sementara itu, menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Semambu), Wan Rosdy memaklumka­n jumlah sumbangan cukai Genting Highlands dan Bukit Tinggi kepada kerajaan negeri adalah sebanyak RM49 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

“Jumlah sumbangan cukai yangdipero­lehiniterm­asuklah cukai taksiran yang dikutip Majlis Perbandara­n Bentong iaitu sebanyak RM35 juta daripada Genting Malaysia Berhad dan RM700,000 daripada Bukit Tinggi Resort.

“Selebihnya kira-kira 2.18 juta diperoleh daripada cukai hiburan. Hasil kutipan cukai hiburan ini disalurkan ke dalamakaun­HasilDisat­ukan,” katanya.

Wan Rosdy menjelaska­n cukai hiburan itu dikutip mengikut Akta Duti Hiburan 1953 yang terletak bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia