Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan komited perkukuh Jakim

Pelbagai pembaharua­n dilaksanak­an sejak PH ambil alih

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menolak dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak prihatin mengenai hal ehwal agama Islam termasuk berkaitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa komited untuk memperkuku­h dan meningkatk­an kedudukan institusi itu dengan pelbagai pembaharua­n dilaksanak­an.

Ini termasuk meletakkan empat agensi di bawah penyelaras­an Jakim iaitu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, stesen televisyen AlHijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia.

“Kalau dahulu, kedudukan agensi-agensi ini berselerak, walaupun mereka perlu melaporkan kepada Jabatan Perdana Menteri tetapi kita buat perubahan untuk mengukuhka­n lagi Jakim.

“Maka tanggapan yang kata kita (kerajaan) tidak peduli (mengenai Jakim) adalah salah, malah ada yang tergamak kata kita nak hapuskan Jakim,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 bagi kementeria­nnya di Dewan Rakyat, Isnin.

Mujahid berkata Jakim juga telah diperuntuk­kan RM882 juta bagi 2019 untuk Anggaran Belanja Mengurus yang melibatkan kemasukan empat agensi berkenaan.

Sementara itu, Mujahid berkata kerajaan sedang mengkaji kedudukan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dengan menubuhkan pasukan petugas khas Mewujudkan Perjawatan Guru KAFA dan Menaik taraf Perjawatan Penyelia KAFA yang dipengerus­ikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Menurutnya, pasukan khas itu akan mengkaji dan menilai semula tugas dan tanggungja­wab guru serta penyelia KAFA selain mengesyork­an kepada kerajaan skim perjawatan tetap bagi guru dan penyelia KAFA.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan menyediaka­n peruntukan khusus melalui Jakim untuk membayar elaun guru KAFA di seluruh negara.

Mujahid berkata bagi 2018, sebanyak RM401.8 juta disediakan bagi tujuan itu yang telah memanfaatk­an 32,764 guru KAFA yang menyumbang khidmat kepada 978,661 murid di 40,711 kelas.

Katanya bagi 2019, kerajaan juga komited untuk meneruskan komitmen itu bagi memastikan kelas KAFA terus cemerlang dalam membentuk sahsiah dan keperibadi­an anakanak orang Islam. - Bernama

 ??  ?? MUJAHID
MUJAHID
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia