Utusan Borneo (Sabah)

Mungkin ada militan lain?

Selain kumpulan Abu Sayyaf beroperasi di Malaysia

-

PASIR PUTEH: Polis tidak menolak kemungkina­n ada kumpulan militan selain Abu Sayyaf beroperasi di Malaysia ketika ini.

Namun kata Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Datuk Mohamed Farid Abu Hassan, hanya kumpulan Abu Sayyaf yang dikesan aktif menjalanka­n kegiatan mereka.

“Ada ramai pesimpati (Abu Sayyaf) di Malaysia tapi yang aktif tak sebegitu ramai. Ia ada di setiap negeri namun dalam jumlah yang amat sedikit,” katanya selepas merasmikan projek naik taraf Balai Polis Selising di sini yang turut dihadiri Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, pada Isnin.

Beliau mengulas mengenai tujuh individu warga Filipina dan seorang lelaki tempatan yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Okt hingga 12 Nov lalu.

Mengulas lanjut, Mohamed Farid berkata kumpulan itu bergerak menggunaka­n dana yang disalurkan oleh pesimpati yang diberi menerusi pelbagai cara bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kutipan dana selalunya dalam bentuk tunai namun disalurkan dalam pelbagai bentuk (kepada kumpulan militan) dan tidak menggunaka­n sistem perbankan negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pembinaan Balai Polis Selising dimulakan pada 1981 di atas tapak seluas 1.02 hektar sebelum melalui beberapa proses naik taraf sehingga yang terakhir pada 2005.

Katanya Balai Polis Selising yang mempunyai kekuatan sembilan anggota termasuk seorang sarjan mejar memberi perkhidmat­an kepada kira-kira 29,000 penduduk di kawasan berkenaan.-Bernama

 ??  ?? MOHAMED FARID (dua, kanan) melihat Sistem Laporan Polis melalui dalam talian (e-Reporting) selepas Majlis Perasmian Balai Polis Selising, pada Isnin.Turut sama Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan (kanan). -Gambar Bernama
MOHAMED FARID (dua, kanan) melihat Sistem Laporan Polis melalui dalam talian (e-Reporting) selepas Majlis Perasmian Balai Polis Selising, pada Isnin.Turut sama Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan (kanan). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia