Utusan Borneo (Sabah)

Risalah agama bukan Islam: Salurkan maklumat tambahan sekiranya ada

-

ALOR SETAR:Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat lanjut tentang kejadian mengedarka­n risalah agama bukan Islam di Kampung Sungai Emas, Kota Kuala Muda dekat Sungai Petani diminta tampil ke balai polis berhampira­n menyalurka­n maklumat itu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata setakat ini terdapat satu laporan polis mengenai kejadian itu di kampung tersebut dan pihaknya kini sedang menyiasat perkara berkenaan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat, bagaimanap­un polis memantau perkara itu dari semasa ke semasa.

“Kita tengah siasat kejadian ini, dan belum dapat mengenal pasti suspek...bahan (edaran itu) setakat ini ada persamaan dengan di Pulau Pinang, kemungkina­n orang sama (edar). Risalah keagamaan ini bertajuk ‘How To Know God’, dalam (versi) bahasa Tamil dan Inggeris.

“Kita siasat kejadian ini di bawah Seksyen 298 ini kerana perbuatan ini telah menyinggun­g perasaan umat Islam, semua tahu bahawa Kampung Sungai Emas ini majoritiny­a orang Melayu, Islam… kenapa pergi edar di sana, perbuatan ini menjadikan umat Islam rasa terganggu,” katanya.

Isu itu timbul apabila seorang penduduk di kampung itu ternampak kelibat beberapa lelaki mencurigak­an berjalan dari rumah ke rumah pada pukul 3 pagi, 10 Nov lepas untuk mengedarka­n risalah.

Imam Masjid Kota Raja Yahya Ismail, dipetik dalam laporan berita dalam talian sebagai berkata, penduduk kampung menceritak­an hal itu kepadanya sebaik sahaja menyedari kewujudan risalah agama bukan Islam hampir di kebanyakan rumah di kampung berkenaan pagi itu.

Adzli berkata perbuatan itu jelas sekali melanggar Perlembaga­an Persekutua­n. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia