Utusan Borneo (Sabah)

Banjir: Patuhi arahan berpindah awal elak masalah

-

MARANG: Penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan agar tidak berdegil dengan arahan berpindah dikeluarka­n pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi lain bagi mengelak perkara tidak diingini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata keengganan sesetengah penduduk berpindah ketika diarahkan pasukan penyelamat akan hanya menimbulka­n kesukaran kepada banyak pihak.

“Apa yang berlaku, penduduk tidak mahu berpindah ke tempat selamat apabila diarahkan... namun apabila paras air sudah kritikal...hendak menenggela­mkan rumah mereka, barulah hendak menghubung­i pasukan penyelamat.

“Ini antara kesukaran dihadapi pasukan penyelamat kerana mungkin mereka hubungi pada waktu malam dengan risiko arus deras yang merbahaya. Sebab itu kita berharap penduduk patuhi sahaja arahan berpindah yang dikeluarka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamata­n dan Kesiapsiag­aan Komuniti Dalam Menghadapi Fenomena Monsun Timur Laut di sini, pada Isnin.

Seramai 150 ketua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu menghadiri seminar tersebut.

Soiman berkata seminar sehari itu turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam penambahba­ikan sistem pengurusan banjir kepada penduduk Pantai Timur dan bahagian Timur Johor.

“Pendedahan mengenai pencegahan wabak penyakit dan agihan makanan serta bantuan barangan keperluan oleh JKM turut didedahkan kepada peserta seminar ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bomba Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata pihaknya akan mengadakan taklimat keselamata­n di air kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu agar mereka lebih memahami aspek tersebut dengan lebih mendalam.

“Pegawai atau anggota bomba dari balai berdekatan dengan PPS itu akan memberi tunjuk ajar dalam sesi taklimat tersebut agar mangsa lebih bersedia dan berpengeta­huan dalam teknik menyelamat di air yang asas untuk orang awam,” katanya. - Bernama

 ??  ?? SOIMAN (kiri) beramah mesra dengan para peserta Seminar Keselamata­n dan Kesiapsiag­aan Komuniti Dalam Menghadapi Fenomena Monsun Timur Laut selepas merasmikan seminar berkenaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, pada Isnin. -Gambar Bernama
SOIMAN (kiri) beramah mesra dengan para peserta Seminar Keselamata­n dan Kesiapsiag­aan Komuniti Dalam Menghadapi Fenomena Monsun Timur Laut selepas merasmikan seminar berkenaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia