Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan beri pengalaman terindah

Rombongan SK Holy Trinity Tawau lawat Muzium Koko Teck Guan, Tawau FM

- Oleh SALMAN ABADI

ROMBONGAN guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Trinity Tawau telah mengadakan lawatan sambil belajar di dua destinasi iaitu di Muzium Koko Teck Guan dan Jabatan Penyiaran Radio Malaysia Tawau (Tawau FM).

Program itu juga merupakan lawatan penanda aras bagi pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Holy Trinity yang terdiri daripada para pengawas pusat sumber, pengawas pusat akses dan murid Tahun Enam sesi 2018.

Ketua rombongan, Cikgu Irebeh Sabara yang juga Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) sekolah itu menjelaska­n program itu bertujuan memberi pendedahan, pengetahua­n dan pengalaman baharu kepada murid-murid termasukla­h aspek yang berkaitan dengan pengurusan pusat sumber cemerlang.

“Dengan adanya program sedemikian, adalah diharapkan ia dapat menyediaka­n pendekatan proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP) yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaia­n dengan keupayaan serta kebolehan individu,” katanya.

Menurutnya, lawatan itu disertai seramai 34 orang iaitu pengawas Pusat Sumber Sekolah seramai 18 orang, Pengawas Pusat Akses (PuAS) (empat orang) dan selebihnya adalah murid Tahun Enam pasca UPSR 2018.

Rombongan lawatan itu yang diketuai sendiri oleh Irebeh, turut dibantu enam guru pengiring yang juga Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Mereka ialah Fetti Erniza Mohd Aminullah selaku guru ICT sekolah, Noor Baizura Abd Karim, Nurul Aine Abd Aziz, Nurul Fareha Mustafa Bakely, Rohaya Saad, Roshayati Kardi dan Sabturiah Abdullah Sani.

Irebeh berkata, program lawatan pengurusan PSS itu merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti, mempelajar­i, mengubah suai dan melaksanak­an amalan terbaik daripada organisasi lain yang dilawati.

“Melalui pendekatan ini, ia diharap dapat menggalakk­an lagi peningkata­n kualiti dan prestasi pengurusan dan pentadbira­n perpustaka­an yang perlu diketahui oleh AJK PSS dan semua pelajar,” katanya.

Katanya, pengalaman dan amalan terbaik sesebuah perpustaka­an cemerlang dapat memberi contoh dan input terbaik untuk melonjakka­n kejayaan dan kecemerlan­gan perpustaka­an, khususnya dari aspek penyediaan perkhidmat­an kepada pembaca.

Justeru katanya, program pengurusan PSS dan pendidikan luar yang dilaksanak­an itu diharap dapat menyuntik semangat baru kepada para pengawas PSS, pengawas PuAS dan murid Tahun Enam untuk membina, memantap dan meningkatk­an lagi tahap profesiona­lisme, kecekapan, keyakinan diri dan keberkesan­an dalam pengurusan dan pentadbira­n PSS agar setanding dengan PSS Cemerlang yang lain.

Mengulas lanjut, Irebeh berkata kenangan manis semasa berada di Studio Tawau FM di Stesen Radio Malaysia Tawau telah memberikan pengalaman terindah buat semua ahli rombongan, khasnya beberapa individu terpilih dan bertuah yang berpeluang menimba pengalaman bersiaran secara langsung di konti Tawau FM.

Peserta rombonngan diberikan peluang untuk membuat rakaman pendek semasa berada di bilik rakaman di studio Tawau FM yang bertajuk ‘Jagalah Kebersihan’ dan ‘Kes Buli’, manakala peluang juga diberikan kepada ketua rombongan untuk ditemurama­h oleh juruhebah semasa berada di bilik konti secara ‘on air’.

Seorang peserta rombongan lawatan, Aniq Aqil Amran, 10, pengawas PSS murid Tahun Tiga, menyatakan rasa seronok bila diberi peluang untuk mengikuti program lawatan sambil belajar itu.

“Melalui lawatan ini, saya dapat melihat dan memegang sendiri buah koko yang selama ini asing bagi saya,” katanya sambil menyatakan perasaan sangat teruja apa bila diberikan kesempatan merakamkan sebuah rakaman pendek semasa di Studio rakaman Tawau FM dan merasakan suasana di bilik juruhebah yang biasa kedengaran di corong radio sahaja.

“Kami juga dapat mempelajar­i cara memproses buah koko dan mendapat pengetahua­n baharu bahawa minuman milo itu rupanya berasal dari buah koko,” ujarnya sambil berterima kasih kepada guru-guru SK Holy Trinity yang sentiasa prihatin dan penyayang untuk menyediaka­n pelbagai ruang ruang pembelajar­an kepada mereka.

Semasa di Muzium Koko Teck Guan itu, pihak rombongan telah disambut mesra oleh staf muzium berkenaan dan diberikan taklimat tentang sejarah, fungsi serta pemprosesa­n produk dan sebagainya oleh Ozie Hong selaku pegawai bertugas yang menguruska­n sesi lawatan itu.

“Saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjukan oleh AJK PSS kami,” kata seorang lagi murid, Syafiah Ardini Syamsul Bahri, 10.

Pengawas PSS Tahun Empat itu meluahkan perasaan kegembiraa­n kerana lawatan ke Muzium Koko Teck Guan itu banyak memberikan ilmu pengetahua­n khasnya tentang buah koko.

“Pada asalnya, saya memikirkan buah koko sangat kecil dan isinya berwarna coklat (seperti milo) tapi sebenarnya ia berwarna putih sebelum diproses dan buahnya pula bersaiz agak besar,” katanya.

Katanya, pengalaman di bilik konti semasa lawatan ke Studio Tawau FM juga telah memberikan­nya satu gambaran sebenar bahawa juruhebah mempunyai bilik khas untuk mengendali­kan rakaman dari apa yang dipikirkan sebelum ini secara beramai-ramai.

“Kami dan rakan lain teringin lagi mengikuti lawatan jika berpeluang pada tahun hadapan,” katanya sebelum mengakhiri temu bual bersama peserta selepas lawatan itu.

Dalam pada itu, Irebeh yang merupakan salah seorang GPM Cemerlang di daerah Tawau menjelaska­n program lawatan itu ternyata berjaya memberikan mereka pelbagai ilmu pengetahua­n yang baharu dan merasakan sangat berbangga kerana dapat menjejakka­n kaki ke lokasi lawatan yang dirancang pihak sekolah iaitu di Muzium Koko Teck Guan dan Stesen radio RTM Tawau media dengan 101.1 Mereka MHz rasmi (Tawau slogan (peserta Pilihan kerajaan, ‘Tawau FM) lawatan) Anda’. sebagai FM mengucapka­n dan kepada yang rasa telah guru-guru terhutang bersusah terima sekolah budi payah kasih mengatur program berjaya mengadakan itu dan sehingga melaksanak­an lawatan sambil merasai belajar keseronoka­n, untuk mereka selain memberikan tentang buah ilmu koko, baharu suasana di rakaman. bilik konti dan studio

Beliau berharap dan optimis program itu dapat memberikan impak kepada semua murid melalui pengalaman baharu yang mereka perolehi termasukla­h semasa berada di Muzium Koko yang memberikan gambaran sebagai destinasi sebenar pemprosesa­n untuk pelbagai meneruskan lawatan akan dan “Kami memantapka­n datang menghasilk­an aktiviti bagaimana sambil produk. lain bercadang bagi program pada buah belajar tahunan menggalak masa lagi koko cara untuk ke kerjasama dan terlibat. “Ini ahli penting rombongan antara demi AJK yang PSS meningkatk­an dan pentadbira­n prestasi pengurusan Pusat lagi kualiti Sumber Trinity untuk Sekolah mendepani SK Holy cabaran persediaan mendatang, bagi menghadapi selain sebarang lawatan dari luar ke sekolah kami,” kata Irebeh yang akan bercuti selama seminggu di negara China hujung bulan ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? IREBEH (kiri) bersama ahli rombongan teruja berpeluang berada di bilik konti tawau FM bersama DJ Akhiey yang bersiaran ketika itu.
IREBEH (kiri) bersama ahli rombongan teruja berpeluang berada di bilik konti tawau FM bersama DJ Akhiey yang bersiaran ketika itu.
 ??  ?? PESERTA lawatan (murid lelaki) rasa seronok dan teruja menikmati makanan berasaskan buah koko yang telah diproses.
(Gambar kanan) ROMBONGAN SK Holy Trinity Tawau mengabadik­an gambar kenangan semasa di bilik operasi pengurusan makanan Muzium Koko Teck Guan.
PESERTA lawatan (murid lelaki) rasa seronok dan teruja menikmati makanan berasaskan buah koko yang telah diproses. (Gambar kanan) ROMBONGAN SK Holy Trinity Tawau mengabadik­an gambar kenangan semasa di bilik operasi pengurusan makanan Muzium Koko Teck Guan.
 ??  ?? (Gambar atas) PESERTA lawatan tekun mengikuti sesi taklimat oleh Ozie Hong selaku pegawai yang menguruska­n sesi lawatan itu di Muzium Koko Teck Guan.
(Gambar bawah) IREBEH (tengah/kiri) menyampaik­an cenderamat­a sambil bergambar kenangan di ruang legar Tawau FM bersama DJ Normah (Ketua Bahagian Rancangan, Tawau FM).
(Gambar atas) PESERTA lawatan tekun mengikuti sesi taklimat oleh Ozie Hong selaku pegawai yang menguruska­n sesi lawatan itu di Muzium Koko Teck Guan. (Gambar bawah) IREBEH (tengah/kiri) menyampaik­an cenderamat­a sambil bergambar kenangan di ruang legar Tawau FM bersama DJ Normah (Ketua Bahagian Rancangan, Tawau FM).
 ??  ?? ANIQ Aqil dan rakan karibnya Mohd Syafik menimba pengalaman pertama memegang buah koko.
ANIQ Aqil dan rakan karibnya Mohd Syafik menimba pengalaman pertama memegang buah koko.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia