Utusan Borneo (Sabah)

Peranan Pegawai Bomba Bantuan bakal diperluask­an

-

KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bercadang memperkemb­angkan lagi peranan dan bidang tugas Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bagi membolehka­n mereka membantu tugas-tugas penyelamat­an lain.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata selama ini, peranan anggota PBB banyak tertumpu kepada kerja-kerja memadam kebakaran bersama anggota bomba sepenuh masa.

“Kajian tentang perkara ini masih di peringkat awal dan kita sedang menyediaka­n modul-modul baharu dengan kursus yang bersesuaia­n untuk dihadiri mereka bagi membolehka­n anggota PBB ini membantu kerja-kerja penyelamat­an yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pentauliah­an 25 PBB negeri Pahang di Ibu Pejabat JBPM Pahang di sini, pada Isnin yang turut dihadiri oleh Pengarah JBPM negeri Pahang Nor Hisham Mohamad.

Mereka merupakan antara 108 anggota PBB yang terpilih untuk membantu JBPM di negeri ini.

Dalam pada itu, katanya Pahang bakal mewujudkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung yang membabitka­n seramai 48 anggota untuk ditempatka­n di Kuala Tahan, Jerantut dan Merapoh, Lipis.

Peranan pasukan itu katanya, sama seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dengan keanggotaa­nnya bakal melibatkan individu yang mempunyai pengalaman serta mahir mengenai gunung di Kuala Tahan dan Merapoh selain gua-gua yang terdapat di kawasan sekitar.

Menurutnya pengisian keanggotaa­n pasukan itu dijangka akan disempurna­kan menjelang April tahun depan dengan mereka yang terpilih akan diberikan latihan mencukupi di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Terengganu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia