Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk pedalaman lega nikmati bekalan air graviti

-

KEMABONG: Hajat lebih seribu penduduk di kawasan Keningau dan Kemabong Tenom untuk mendapatka­n bekalan air graviti akhirnya tercapai, dengan adanya inisiatif DAP dan projek Impian Sabah.

Penggerak projek Impian Malaysia merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia, Tony Pua berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberi lebih tumpuan kepada rakyat yang memerlukan bantuan, dan melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n infrastruk­tur diperlukan oleh rakyat terutamany­a penduduk di pedalaman.

“Kerajaan baharu akan memastikan keperluan penduduk kampung tidak diabaikan dan komited mencari pendekatan untuk meningkatk­an taraf hidup penduduk luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmianb­ekalanairg­ravitidiKa­mpung Masin Keningau dan Kampung Sugiang Baru, di sini pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt, Senator Adrian Lasimbang dan Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual.

Setelah menunggu berpuluh tahun, lebih 200 rumah di Kampung Masin dan 134 rumah di Kampung Sugiang Baru membabitka­n seribu penduduk dapat menikmati bekalan air bersih di bawah projek Impian Sabah.

Menurut penduduk kampung berkenaan, selama ini mereka bergantung kepada air hujan untuk keperluan harian.

Sementara itu, Stephen berkata kerajaan PH akan terus menitikber­atkan keperluan rakyat Sabah dan berharap seluruh rakyat bekerjasam­a serta menggemble­ng tenaga untuk membangunk­an negeri ini.

Beliau juga menyeru agar rakyat terus bersatu padu, mengeratka­n hubungan dan mengukuhka­n semangat perpaduan sesama mereka.

 ??  ?? TONY (tengah) merasmikan bekalan air graviti di Kg Sugiang Baru, Kemabong pada Sabtu. Turut kelihatan, Stephen (dua dari kiri), Adrian dan Norita.
TONY (tengah) merasmikan bekalan air graviti di Kg Sugiang Baru, Kemabong pada Sabtu. Turut kelihatan, Stephen (dua dari kiri), Adrian dan Norita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia